Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 21, 2022 @ 9:58pm

Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

Baru-baru ini, seorang penceramah bebas popular bergelar Ustaz berumur 30-an direman selama lima hari atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Susulan itu, heboh di media sosial mengenai beberapa video dakwaan yang seakan mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah dan mangsa terbabit.

Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok bernama @qayqay itu mendakwa perkenalan mereka bermula di aplikasi Instagram.

Difahamkan, mangsa pada ketika itu ingin bertanya beberapa soalan agama, lalu penceramah bebas yang dipercayai memiliki tiga isteri itu terus memberi nombor telefonnya.

“Mangsa mengikuti ustaz ini dekat Instagram kemudian DM (direct message) tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya jarang buka DM.

“Kemudian, sampai satu ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan.

“Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular,” dakwanya dalam video.

Menerusi hantaran lain, wanita itu yang mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa turut tidak menafikan penceramah bebas dan gadis itu sering melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.

Namun begitu, setelah perkara tersebut ‘terkantoi’ oleh pihak keluarga mangsa, mereka bertindak untuk membuat laporan polis atas dakwaan cubaan merogol kerana gadis tersebut masih di bawah umur.


Untuk rekod, penceramah bebas bakal didakwa mengikut siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu.

Trending Fri, 5 Mar 2021

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini. Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital […]

Featured Wed, 13 Sep 2023

Misha Omar Tak Mahu Kongsi ‘Journey’ Rawatan IVF, Mahu Jaga Sensitiviti Pasangan Tiada Zuriat

Concern apa yang orang rasa tu perlu ye.. Love Kak mitch❤️

Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍

error: Content is protected !!