Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 7:47pm

Universal Music Malaysia Umum Kerjasama Strategik Dengan Faithful Music

Universal Music Malaysia (UMM)  mengumumkan pengambil alihan pegangan majoriti dalam Faithful Music iaitu label muzik tempatan yang diasaskan oleh Faizal Tahir dan Mike Chan pada 2015.

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh kedudukan UMM dalam pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia, selain membuka lebih banyak peluang kreatif dan komersial kepada artis-artis di bawah Faithful Music. UMM juga akan menjadi pengedar eksklusif bagi katalog muzik milik Faithful Music.

“Peluang ini merupakan pengiktirafan terhadap kekuatan muzik dan artis tempatan. Kami percaya setiap artis berhak mendapat peluang berkualiti untuk berkembang dan berjaya,” ujar Faizal Tahir selaku Pengasas Faithful Music.

Label Faithful Music terkenal dengan karya popular seperti Santai, Alamak Raya Lagi dan Angau, dan kini terus aktif membimbing bakat baharu dengan sokongan daripada UMM.

Sementara itu, Kim Lim, Pengarah Urusan UMM berkata, kolaborasi ini bukan sekadar perkongsian strategik tetapi juga pelaburan jangka panjang dalam komuniti muzik tempatan.

“Kami teruja mencipta peluang baharu bersama pasukan Faithful Music. Ini seiring dengan misi kami untuk memperluas segmen muzik positif, muzik kanak-kanak dan membina peranan UMM sebagai agensi sehenti untuk rakan jenama,” katanya.

Kerjasama ini terjalin selepas beberapa kejayaan sebelum ini termasuk lagu Raya Pum Pang yang meraih lebih sejuta tontonan dalam dua minggu, dan Memang Smart AYE iaitu  jingle kempen besar Samsung Malaysia yang menampilkan artis gabungan dari kedua-dua label seperti Insomniacks, Sabronzo (DOLLA), Aziz Harun dan Killa Driz.

Calvin Wong, CEO Universal Music Asia Tenggara dan Naib Presiden Kanan Asia menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah strategik bagi memperkenal lebih banyak bakat tempatan ke pentas global melalui rangkaian luas UMM.

“Faithful Music membawa barisan bakat muda yang luar biasa, dan kami tidak sabar untuk memperluas lagi pengaruh mereka di peringkat domestik dan antarabangsa,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Trending Sun, 5 Jul 2020
Featured Wed, 19 Mar 2025

“Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Mimi Fly mengaku khilaf dan sedia menerima teguran apabila muzik video terbaharunya berjudul ‘Serumpun’ yang dilancarkan sebelum ini disalah erti.

Trending Sat, 13 Jul 2019

Sanggup Menyorok 3 Jam Atas Bumbung Kerana Takut Berkhatan

“Cuma 10 minit diperlukan untuk berkhatan, tetapi menunggunya, tiga jam.”

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

That Hilarious Moment When BLACKPINK Rosé’s Bodyguard Stole The Show

Let’s be honest, who wouldn’t fall for Rosé?

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

Tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

Featured Sat, 1 Mar 2025
Featured Thu, 14 May 2026

Ezwan Zain Akui Erra Fazira ‘Meminta Banyak’ – “Saya Jaga Semuanya Sebab Tu Dia Tak Cemburu”

Ezwan Zain mengaku hubungan yang dibina bersama isteri bukanlah sesuatu yang mudah.

error: Content is protected !!