Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 19, 2024 @ 4:58pm

Tampil Single Ulul Azmi, Kumpulan Nasyid AWLA Muncul Dengan Lagu Durasi 10 Minit Gandingan Bersama Jenny Chin

Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaru yang disifatkan istimewa apabila berani menampilkan lagu dalam durasi hampir 10 minit menerusi lagu berjudul Ulul Azmi.

Lebih menarik, lagu berkenaan adalah hasil kerjasama AWLA bersama penerbit muzik yang tidak asing lagi iaitu Jenny Chin.

AWLA merupakan gabungan dua kumpulan nasyid iaitu Saujana yang terdiri daripada Suffian, Azalinor, Zuhaidi manakala Azahari dan Idzhar pula daripada kumpulan Nowseeheart.

Azalinor berkata, Ulul Azmi mempunyai elemen yang memikat kerana gabungan muziknya yang ala orkestra filem, serta menekankan kesinambungan muzik dan lirik daripada nabi-nabi terdahulu hingga ke nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW.

“Ulul Azmi bukan sekadar sebuah lagu nasyid, tetapi ia juga sebuah perjalanan rohani dan emosi. Dengan melodi yang memukau dan lirik yang mendalam, lagu ini bercerita tentang kekuatan dan ketabahan rasul-rasul besar dalam sejarah.

“Malah kami turut terharu apabila lagu ini menarik perhatian penggiat muzik termasuk Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, dan komposer lagu Mohariz Yaakup yang berpendapat lagu ini sebagai tanda aras baru dalam industri muzik Malaysia khususnya nasyid.

“Kami juga gembira apabila susunan muzik dan vocal dalam lagu ini juga mendapat pujian daripada penerbit lagu, Azlan Abu Hassan dan Damian Mikhail,” kongsinya.

Lagu ini dicipta dan ditulis oleh AWLA dan Wan Saleh, dengan Jenny Chin sebagai penerbit dan penyusun muzik serta vokal.

Selain mereka, turut terlibat dalam produksi ini ialah Steve Thornton (alat perkusi), Wan Gigi (gitar), JadLobo (susunan vokal), Ershad Mohd Azlan (cello solo), serta Fung Chern Hwei (viola solo).Strings orkestra pula telah dirakam oleh The Beijing International Master Philharmonic.

“Bekerja dengan Jenny Chin untuk Ulul Azmi adalah pengalaman yang sangat berharga. Ini projek nasyid yang saya paling suka selepas lebih 27 tahun dalam industri nasyid,” tambah Azahari.

“Saya suka idea Jenny yang mengadunkan muzik ala Disney dengan sentuhan Timur Tengah. Ia sesuai dengan latar belakang zaman dan tempat kelahiran nabi yang diceritakan dalam lagu,” kata Zuhaidi.

Sementara itu, Jenny berkata, Ulul Azmi adalah kolaborasi yang beliau tidak mampu tolak kerana mempunyai nilai yang istimewa dan tersendiri.

“2024 adalah tahun ke-40 saya dalam muzik dan saya sangat gembira dapat melahirkan Ulul Azmi bersama AWLA. Kebetulan, saya baru sahaja menjalani umrah pertama saya awal tahun ini. Ia adalah perjalanan kerohanian yang sangat istimewa,” katanya.

Lagu ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi serta Kumpulan MyCreative Ventures, selari dengan prinsip-prinsip dalam Rukun Madani yang menekankan sifat ihsan, kemampanan, dan keyakinan yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah Rasul Ulul Azmi.

Untuk rekod, AWLA mula berkolaborasi dalam lagu dan persembahan sejak 2019, dengan matlamat bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang berbeza dari lagu-lagu asal Saujana dan Nowseeheart.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

#Mentor7: Garang? Mestilah Ada Sebab…

Mentor bakal ke udara setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

Trending Sat, 24 Mar 2018

Misteri Hilang Semalaman Terjawab!

Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Trending Thu, 8 Apr 2021

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Kalau tak pasti boleh dapatkan penjelasan lanjut kepada pihak berwajib okay!

Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Khas Biduan Negara Sempena Anugerah Seni Negara 2024

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, penerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

Trending Wed, 3 Dec 2025

DJ Lin, PERISMA Pahang Sokong Inisiatif Yayasan Al Farhain Bantu Golongan B40 Buat Pembedahan Mata Secara Percuma

DJ Lin, PERISMA Pahang sokong inisiatif Yayasan Al-Farhain beri sinar baharu untuk golongan B40.

Featured Mon, 15 Jan 2024

Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Alamak, satu demi satu dia petik ek. Awas!🔥🔥🔥

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Pesanan Datuk Red Pada Adira Suhaimi Buat Ramai Sebak! – “Andai Kita Tiada Jodoh & Usia Saya Singkat, Semoga Awak Bahagia”

Datuk Red berdoa Adira Suhaimi temui kebahagiaan lain sekiranya mereka tidak kembali berjodoh

Featured Mon, 11 Mar 2024

“Kelakarnya Minta Mak Bapak Ajar Anak Masih Bayi Berzikir”- Isu Acah bermain Drum Hiburkan Anak, Netizen Back Up Fuad Rahman

Ingat! Jangan terus nak judge orang. Belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita nak judge tu😪

Trending Fri, 29 Oct 2021

Beraksi Di AJL? Iman Troye Rasa Belum Layak!

Penyanyi muda yang sedang mencipta nama, Iman Troye merasakan dirinya masih tidak layak untuk bertanding di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Biarpun lagu nyanyian Iman berjaya mencuri hati ramai dan mendapat respons positif, […]

error: Content is protected !!