Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2024 @ 10:59pm

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Khas Biduan Negara Sempena Anugerah Seni Negara 2024

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024), sebentar tadi.

Dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia dan Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.

Siti menerusi kenyataan mediq memanjatkan rasa syukur apabila dikurniakan penganugerahan terbabit.

“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

“Terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah ini.

“Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seni saya, namun merupakan lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanah air,” katanya.

Pelantun lagu Di Kayangan Kita itu turut menganggap anugerah ini sebagai satu amanah yang harus digalas dengan sebaiknya.

“Amanah dan kepercayaan ini juga merupakan satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman.

“Kepada Allah SWT saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.

“Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara.

“Justeru, saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga, dihargai kerana inilah warisan yang kita ada dan perlu dipelihara,” katanya.

Siti juga mengenang kembali pesanan arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail.

Dalam meraikan detik paling manis dan bermakna ini, ingatan saya tertoleh kembali mengingatkan bait-bait kata ayah saya, Allahyarham Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan saya seperti bunga melur iaitu lagu kegemaran arwah.
 
“Ibarat gadis desa bunga melur, sederhana. Walau kering tak bercahaya bunga melur. Baumu memikat jiwa.

“Saya sentiasa mengingatkan diri, setiap kali meraih sesuatu kejayaan, rezeki ini adalah berkat doa dan sokongan semua pihak yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seni saya yang kini sudah mencecah 29 tahun,” katanya.

Mustika hati rakyat Malaysia ini juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan sepanjang kerjaya seninya.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus khususnya kepada orang-orang terdekat saya iaitu suami, anak-anak, ibu, arwah bapa, kaum keluarga, pengurusan, petugas dan kakitangan.

“Tidak ketinggalan, rasa terima kasih ingin saya panjangkan kepada syarikat-syarikat rakaman serta semua penerbit, komposer dan penulis lirik yang pernah terlibat dalam kerja-kerja penerbitan album saya selama ini.

“Penghargaan juga buat semua sahabat-sahabat media di semua platform yang setia memberi sokongan kepada karier saya selama ini.

“Tidak dilupa buat peminat-peminat tersayang dan pencinta muzik di seluruh rantau ini serta semuayang telah mendukung kerjaya saya selama ini.

“Tanpa penglibatan anda semua, pencapaian ini tidak mungkin dapat saya kecapi. Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi dan motivasi buat saya untuk terus menghasilkan karya-karya terbaik dan membawa keindahan seni muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.

ASN 2024 adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan dalam bidang kesenian negara, mampu melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia.

Untuk rekod, ASN sudah diadakan sebanyak lapan edisi bermula 1993, 1995, 1997,1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir penganjurannya adalah pada 2009 dengan tokoh pernah menerima ASN ialah Tan Sri Dr Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Dr Ahmad Nawab (Seni Muzik) dan Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan).

ASN diperkenalkan pada 1993 untuk mengiktiraf pencapaian menakjubkan penggiat seni dalam pelbagai cabang seni seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 May 2024
Featured Wed, 20 Dec 2023
Trending Fri, 25 Feb 2022

Datuk K Dedah Perangai Asyraf Khalid Berubah 360 Darjah

Hmm, apakah perubahan yang dimaksudkan suami penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ni? Dedah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, beliau mula menyedari perubahan anaknya, Asyraf Khalid disebabkan seorang lelaki bergelar Mentor […]

Trending Wed, 19 Sep 2018

Sambil Menikmati Makan Malam Mewah, Boleh Berswafoto Di Atas Sayap Kapal Terbang. Wow!

Kuala Lumpur menambahkan satu lagi daya tarikannya dengan pelancaran Plane In The City, sebuah kapal terbang lama yang diubahsuai menjadi sebuah restoran eksklusif.

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Haa, agak-agak statement tu Adira tuju pada siapa??? Cuba teka…

Trending Sat, 30 Dec 2017

Hukuman Penjara 13,275 Tahun Siapakah Dia?

hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht di Thailand baru-baru ini

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
error: Content is protected !!