Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 23, 2024 @ 11:56am

Rumah Khuzaimi Piee Pula Dipecah Masuk! Hilang Motosikal, Beg Berjenama & Pasport

Pemain bola sepak Selangor FC, Khuzaimi Piee memaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk ketika keluar jalani latihan di Pusat Latihan Selangor, semalam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Khuzaimi menunjukkan beberapa foto keadaan rumahnya yang dipecah masuk.

Malah, dia memaklumkan bahawa beberapa barang berharga seperti motosikal, pasport dan beg silang berjenama turut hilang.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Selangor FC itu telah membuat laporan polis.

“Pada 22/5/2024 jam lebih kurang 2 petang saya meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat latihan bola sepak Selangor.

“Jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang hilang antaranya ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru, empat buah beg silang pelbagai jenama dan pasport,” maklumnya.

Khuzaimi Piee

Sebelum ini, pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid di rompak ketika pulang dari makan malam di Terengganu.

Selepas itu, gempar di media sosial apabila pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid oleh dua individu yang menaiki motosikal.

Kemudian, cermin kereta Safiq Rahim pula diketuk dengan tukul besi oleh dua individu bermotosikal ketika berada di Pusat Latihan JDT.

Artikel Berkaitan: Dipukul Dengan Cota Di Kepala & Badan, Akhyar Rashid Disamun… Hilang Dompet & Telefon Bimbit

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Artikel Berkaitan: Safiq Rahim Pula Diserang, Dua Individu Pecah Cermin Belakang Guna Tukul Besi! – “Mereka Berhenti, Sempat Tunjuk Saya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023

Akui Hidup Sunyi, Zizan Razak Kena ‘Abang-Zone’ Dengan Hawa Rizwana

Hmm kesian Zizan.. Min doakan semoga cepat berjodoh

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Scha Alyahya Nafi Jenama ‘Ayaaya’ Ditaja Pihak Tertentu

Scha Alyahya dedah Ayaaya dibina hasil usaha sendiri

Trending Tue, 24 Jul 2018
Featured Sat, 13 Jun 2026

Beli Mikrofon Cecah Puluhan Ribu Ringgit & Ubah Penampilan… Haqiem Rusli Sedar Kurang Dapat Perhatian Lepas Kahwin – “Kalau Statik Je Tak Ke Mana”

Haqiem Rusli berkata, keputusan untuk mengubah penampilannya timbul selepas menonton filem legenda pop dunia, Michael Jackson.

Acara Mon, 6 Mar 2023
Trending Thu, 13 Sep 2018

Lagi Kes Bayi Ditemui, Kali Ini Di Atas Jejantas Kampung Pandan!

Mereka menemui beg berwarna hitam di laluan pejalan kaki di jejantas itu dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bayi yang dibalut dengan kain batik.

error: Content is protected !!