Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 29, 2021 @ 5:40pm

Beraksi Di AJL? Iman Troye Rasa Belum Layak!

Penyanyi muda yang sedang mencipta nama, Iman Troye merasakan dirinya masih tidak layak untuk bertanding di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Biarpun lagu nyanyian Iman berjaya mencuri hati ramai dan mendapat respons positif, gadis genit itu merasakan dirinya masih mempunyai banyak ruang untuk belajar.

“Alhamdulillah, saya bersyukur lagu-lagu saya mendapat maklum balas baik. Tetapi untuk bertanding di pentas besar seperti AJL, saya rasa saya masih belum layak.

“Saya masih muda, banyak benda yang harus saya pelajari sebagai penyanyi dan penghibur. Sokongan peminat amat saya hargai dan saya sangat berterima kasih. Tetapi, jika ada rezeki saya untuk menjejakkan kaki ke AJL, saya akan cuba sehabis baik, Insya-Allah,” katanya.

Gadis berusia 19 tahun yang bernaung bawah label XO House itu ditemui di majlis sidang media pelantikan Iman sebagai duta jenama popular dunia pembelajaran, PTTI pelancaran lagu Nang.

Dalam majlis sama, Iman menerima 4x Platinum bersamaan RM1 juta ringgit dalam jumlah ‘Talent Management Revenue’ menerusi single Teman dan Pejam Celik Raya yang dikeluarkan sebelum ini.

Muncul dengan single terbaharu ciptaan Ezra Kong dan A Ramlee berjudul Nang, Iman mengakui dia selesa membahagikan masa dengan pelajaran dan kerjaya nyanyian.

“Alhamdulillah, saya boleh membahagikan masa belajar dan bekerja. Mungkin kerana saya juga belajar dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA. Semuanya baik-baik sahaja dan saya rasa tidak terbeban.

“Saya juga bersyukur kerana dilantik sebagai duta PTTI. Menerusi kempen baharu mereka, 2 Juta Bangkit Belajar, saya mahu menarik minat pelajar sekolah untuk sama-sama berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, sasaran 2 juta pelajar itu diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.

“Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.

“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Feb 2025
Hiburan Tue, 23 Sep 2025

“Ibu Bapa Saya Tak Halang Kalau Jodoh Saya Wanita Islam, Mereka Cuma Risau Bila….’ – Andy Teh

‘Mereka risau bila dah tiada macam mana saya nak sembah doa untuk ibu bapa’ – Andy Teh

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Macam Harga Emas 916” – Video Gadis ‘Seludup’ Roti Gardenia Viral Di TikTok

Sebut sahaja roti jenama Gardenia, pasti semua orang tahu kan? Malahan, pelbagai perisa boleh dipilih, menjadikan roti ini kesukaan ramai. Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama […]

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Trending Wed, 17 Jun 2020
Featured Thu, 23 Jun 2022
error: Content is protected !!