Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2025 @ 1:59am

[VIDEO] “Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak” – DJ Kidd Bagi ‘Hint’ Dah Berkahwin Dengan Emma Maembong?

Perkongsian terkini jejaka yang didakwa sedang hangat menyulam cinta bersama pelakon, Emma Maembong iaitu DJ Kidd menjadi tumpuan selepas dia berkongsi beberapa video mesra mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), DJ Kidd memuat naik video memaparkan dirinya bersama Emma saling berpelukan dan dilihat bermanja ketika meluangkan masa di aquaria.

Bukan itu sahaja, berdasarkan video di TikTok pula, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, menunggang motosikal bersama DJ Kidd yang dipercayai ketika mereka sedang bercuti bersama.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, DJ Kidd turut meluahkan kata-kata romantis bahawa dia akan menjadi suami terbaik buat Emma, selain secara terbuka menggelarkan pelakon itu sebagai isterinya.

@xtra_my

DJ Kidd menggelar Emma Maembong dengan panggilan ‘isteri’ seolah-olah menguatkan spekulasi yang mendakwa mereka telah sah bergelar suami isteri seperti yang heboh sejak kebelakangan ini 👀#fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #emmamaembong #djkidd #menggelar #dia #isteri #ada #hint #nak #berkahwin

♬ next door jedag jedug – Zachz Winner

Hantaran tersebut seolah-olah menguatkan spekulasi yang mendakwa mereka telah sah bergelar suami isteri seperti yang heboh sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Emma sehingga kini masih diam membisu dan enggan memberi sebarang respons berbubung dakwaan tersebut meskipun acap kali disoal oleh para media.

Terdahulu, keakraban antara mereka mula menjadi buah mulut ramai selepas DJ Kidd secara terbuka berkongsi momen-momen besama aktres jelita itu.

Artikel Berkaitan: “Love You Guys” – Lebih Terbuka, DJ Kidd Kongsi Foto Mesra Bersama Emma Maembong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

Setahun Dibelenggu Trauma, Penyanyi Wanita BBNU Dedah Hampir ‘Dicabul’ Vokalis Kumpulan Indie?

Allahu kesiannya 😥 Harapnya penyanyi BBNU tu tak terus berdiam diri 💪 Tapi vokalis kumpulan Indie mana pulak buat hal ni…

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Terima 1 Juta Pengikut, Terima Kasih AJL!

Tahniah, semoga kerjaya seni Ean terus gemilang tahun ini. Tak sabar tunggu next single!

Hiburan Sun, 23 Jun 2024
Hiburan Tue, 19 May 2026

NSR Cari Penyanyi Wanita Baharu!

New Southern Records kini membuka peluang kepada bakat baharu wanita untuk menyerlah dalam industri muzik tempatan!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Hairan Raihan Bila Jumpa Jihan’- Netizen Puji Nyanyian Bersahaja Raihan, Jihan

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid popular, Raihan kan? Kumpulan lagenda yang mengangkat irama nasyid ini pernah mencetuskan fenomena pada tahun 90-an malah masih kekal diminati sehingga kini. Baru-baru ini, kumpulan Raihan teruja dapat […]

error: Content is protected !!