Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2024 @ 8:46pm

[VIDEO] “Mulai Hari Ini Aurat Saya Untuk Johan Sahaja” – Ozlynn Kongsi Kisah Hijrah Selepas Tunai Haji

Pelakon, Ozlynn iaitu isteri kepada penyampai radio, pelawak dan aktor Johan berkongsi kisah hijrah selepas pulang dari menunaikan ibadah Haji.

Memetik video temu bual bersama Mingguan Wanita, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 43, memaklumkan sebelum ini dia pernah berniqab ketika keluar seorang diri.

“Sebenarnya dari dulu lagi setiap kali saya keluar seorang diri saya akan pakai tudung dan pelitup muka, kadang kala berniqab.

“Suami saya akan cakap ‘cantiknya, sejuknya pandang isteri saya ini. Kalau pakai terus ni lengkap’. Jadi saya tahu dia selalu inginkan saya untuk bertudung,” katanya.

Ozlynn

Dalam video sama, Ozlynn turut memaklumkan aktor filem Baik Punya Ah Long itu pernah menasihatinya untuk memakai tudung kerana Allah SWT.

“Dia pernah cakap kepada saya ‘buat kerana Allah, saya takut kalau awak pakai tudung kerana saya manusia yang boleh buat awak kecewa, terasa hati, menangis, hanya Allah sahaja yang dapat memulihkan jiwa awak. Jadi kalau buat kerana Allah awak akan selamat dunia akhirat’,” katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut, aktres filem Abang Long Fadil 3 itu mengambil keputusan untuk memakai tudung sepenuhnya sebaik usai menunaikan ibadah Haji.

Ozlynn menggambarkan pengalaman Hajinya terlalu indah sehingga mempersoalkan apakah kebaikan yang dilakukannya kepada Sang Pencipta sehingga mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Balik dari Haji kami nak keluar dan saya ambil selendang terus pakai, dia tanya saya dah bertudung terus ke dan saya cakap dekat dia ‘mulai dari hari ini aurat saya hanya untuk dia sahaja’.

“Tanda dan kasih sayang Allah untuk saya dan keluarga yang saya tak pernah terfikir pun apa kebaikan saya buat baik dekat Allah sampai Allah bagi keistimewaan saya dekat Haji dipermudahkan. package VVIP dari saudi dan layanan Allah sangat VVIP,” katanya.

@mingguanwanita

“I cakap dekat Johan, mulai harini aurat saya hanya untuk awak sahaja” – @jozlynnhanania Alhamdulillah, Ozlynn dengan sebak menceritakan pengalaman dan hijrahnya ke arah yang lebih baik setelah selesai menunaikan haji. Saksikan video penuh di FB dan YT Mingguan Wanita ya! #mingguanwanita #ozlynnjohon #ozlynnn #johan #baikpunyahlong #aurawanita

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Sebelum ini, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media lain mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan Haji pada 7 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Gadis Cantik Bercinta Dengan Anak Ozlynn, Netizen Puji: “Pandai Ariq Pilih… Muka Iras Mama”

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Jun 2018

Serba Tak Kena, Jaket Melania Trump Jadi Bualan!

Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya.

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

‘Pilih Dia Bukan Sebab Wang’- Intan Najuwa

Tambah Intan, Razrul masih bujang dan bukan berstatus duda.

Hiburan Thu, 21 Dec 2023

Ainan Tasneem Nak Buat Mini Konsert? Siap Ada Sesi Tazkirah Daripada Ustazah & Terbuka Untuk Perempuan Sahaja

Ainan bakal adakan mini konsert? Bila tu? Min sangat-sangat excited😍😲

Featured Fri, 15 May 2020
Hiburan Sat, 12 May 2018

《娱协30》十大原创(国际组)彭学斌4奖成音乐人大赢家

《娱协30》十大原创歌曲奖(国际组)得奖名单中,彭学斌一口气以他词曲创作的范玮琪、梁静茹《最好的安排》、自己作曲的杨丞琳《其实我们值得幸福》、张智成《瘀青》及梁静茹《秘果》拿下4奖,率先成为十大原创歌曲奖(国际组)音乐人大赢家。

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Tue, 3 Mar 2020

[VIDEO] “You Know I’m Cut, Finished”—Netizen Pelik Kenapa Sajat Dan Pasangannya Berbual Macam Itik Dan Ayam

Bukan sahaja isi perbualan Sajat dan pasangan menjadi bahan perbualan ramai, malah cara “unik” mereka berkomunikasi juga menimbulkan tanda soal bagaimana mereka berbual sebenarnya.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Hafidz Roshdi tidak mengaku salah

error: Content is protected !!