Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2024 @ 8:07pm

Pakai ‘Eyelash Extension’, Status Sah Ibadah Umrah BCL Cetus Persoalan Ramai

Penyanyi sensasi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi perbualan hangat di media sosial selepas berkongsi beberapa keping foto ketika menjalani ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah bersama suami dan anaknya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, BCL memuat naik foto-foto berlatarbelakangkan Kaabah, namun rata-rata netizen tertumpu kepada matanya yang menggunakan bulu mata sambung (eyelash extension).

“Alhamdulillah.. Umroh di malam terakhir di tahun 2023.. Thank you 2023, its been amazing.. Happy New Year,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang dan mempersoalkan sama ada ibadah Umrah BCL sah atau tidak kerana tidak membuang eyelash extension di matanya itu.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan netizen yang menzahirkan kata-kata doa kepada BCL agar menjaga aurat dan tidak lagi memakai baju ‘menjolok mata’ selepas pulang dari Makkah.


Berdasarkan pemerhatian XTRA, BCL tidak membalas persoalan ramai pengikutnya, namun meninjau di Instagram Story (IGs) pelantun lagu popular Cinta Sejati ini berkongsi video ketika dia dan keluarga mendengar penjelasan pelaksanaan Umrah.

“Manasik Umroh (panduan Umrah). Ketika dijelaskan tatacara dan semua syaratnya.. Yang boleh dan tidak boleh. Thank you for the knowledge,” tulisnya ringkas.


Dalam perkongsian terbaru, BCL memuat naik video dirinya berjaya menyentuh Kaabah, lantas tidak dapat menahan air matanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Cabaran ‘Berat’ Sufian Suhaimi, Amira Othman

Peranan ‘soundtrack’ dalam sesebuah filem adalah sangat penting bagi mengiringi perjalan sebuan filem.

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「天生歌姬」A-Lin 720唱响云顶!门票3月5日开售

「天生歌姬」A-Lin 7月20日唱响云顶!门票将于3月5日公开发售。

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Dari Jazz Ke Pop Balada, Noryn Aziz Tukar Selera?

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama saya berduet menerusi single dan saya sangat teruja menunggu penerimaan peminat di luar sana.

Events Fri, 20 Dec 2024

Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Miliki Ganja Jenis Kanabis

Along merayu jaminan dibuat kerana anak bersekolah tahun hadapan.

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

画面曝光!周杰伦看蜡像竟「吓到惨摔」

周杰伦最近陪老婆昆凌到新加坡工作,也绕到当地的杜莎夫人蜡像馆;就在他两手空架在好友JJ林俊杰人像脸旁,笑称要「比比看谁的眼睛大」,下一秒蜡像却突然动了起来,把他吓到踉跄好几步,笑翻网友。

Trending Thu, 11 Oct 2018

Ditipu Teman Lelaki, Lihat Tindakan Gadis ‘Kental’ Ini!

Tak semua benda yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. Betul, hati manusia ni berubah-ubah. And betul, tak semua lelaki ni trash. Tapi lelaki yang aku dapat ni trash. Thanks bruh…

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Mon, 19 Aug 2019
error: Content is protected !!