Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2019 @ 11:47am

Cabaran ‘Berat’ Sufian Suhaimi, Amira Othman

Selepas masing-masing cemerlang dengan single solo hingga menjadi siulan peminat, terbaru penyanyi popular, Sufian Suhaimi dan Amira Othman muncul menerusi lagu duet, Takkan Merubah.

Mempertaruhkan lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh, Amylea, menariknya lagu itu menjadi runut bunyi filem Motif yang bakal menjengah di seluruh pawagam tanah air pada 26 September ini.

Meski ia kerjasama pertama membabitkan Sufian dan Amira, namun keduanya mampu melunaskan tanggungjawab diberikan dengan baik.

Pun begitu, Sufian, 27, mengakui wujud cabaran ketika merakamkan lagu itu disebabkan ‘range’ vokal yang berbeza dengan Amira hingga mengambil masa panjang.

“Seperti yang saya bayangkan, bekerjasama dengan Amira sangat ‘fun’ dan mudah. Setiap masalah dibincangkan dengan baik dan masing-masing memberikan idea yang positif bagi menghasilkan melodi dan gabungan suara yang menarik.

“Perbezaan ‘range’ suara saya dengan Amira adalah cabaran utama bagi mendapatkan keselesaaan dalam nyanyian.

“Proses rakaman juga lebih lama dari apa yang saya bayangkan. Kami mengambil masa lebih kurang lapan jam bagi menyiapkan proses rakaman,” katanya.

Namun, Sufian yakin dengan sentuhan emas daripada komposer lagu itu mampu menjadikan lagu tema filem berkenaan diterima ramai sekali gus memberi ‘nyawa’ kepada filem itu.

“Saya berharap lagu ini dapat menjadi lagu tema yang baik untuk filem Motif. Peranan ‘soundtrack’ dalam sesebuah filem adalah sangat penting bagi mengiringi perjalan sebuan filem,” katanya.

Sementara, Amira menyifatkan kerjasama dengan Sufian sesuatu yang istimewa dan pengalaman menarik.

Dalam masa sama, Amira, 26, atau nama sebenarnya Nadi Amira Othman berkata, kali pertama bekerja dengan komposer lain membuka ruang baru untuknya dalam berkarya.

“Sebenarnya, pada awalnya pihak pengurusan saya memaklumkan lagu duet ini dengan artis perempuan. Tiba-tiba ada pertukaran dan digantikan dengan Sufian.

“Walaupun ini kerjasama pertama kami, tapi masing-masing sudah kenal lama sebab pernah jumpa di banyak acara, tapi tidak pernah ada lagu bersama. Pendek kata, ia menjadi mudah,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

?

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Sama seperti Sufian, Amira juga meletakkan harapan agar lagu dan filem itu mendapat sambutan baik Amira juga berkata, dia sudi bekerjasama lagi dengan Sufian pada masa akan datang.

“Sekiranya lagu ini berjaya dan projek ini menjadi, tak salah jika kami ingin melakukan projek lagi bersama untuk cuba sesuatu yang baru atau ‘genre’ baru. Segalanya masih lagi dalam berbincangan. Kita nak tengok dulu bagaimana penerimaan orang ramai mengenai lagu saya dan Sufian,” katanya.

Khas buat peminat Amira Othman dan Sufian Suhaimi muzik video TAKKAN MERUBAH boleh di tonton di Youtube channel Seventeen Eleven Music dan Aries Music!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Fiziwoo menegaskan tidak pernah menyenarai hitam mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi

Events Tue, 18 Jun 2019

张顺源认脾气暴躁!与老婆自立门户拼事业

张顺源认是一名脾气暴躁的老板!与老婆自立门户拼事业,笑称“她竟然可以忍受我的脾气。”

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Sun, 17 Mar 2019
Featured Tue, 6 Jul 2021

Cara Mohon Elaun RM600 Kepada Golongan Hilang Kerja Bukan Pencarum PERKESO, Graduan Baru

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutamanya golongan yang hilang pekerjaan, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. […]

Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
error: Content is protected !!