Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2025 @ 5:20pm

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Jenama fesyen terkemuka Fiziwoo menegaskan mereka tidak pernah serik atau menyenarai hitam (blacklist) mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi, sebaliknya terus mengamalkan sikap profesional dalam setiap kolaborasi.

Pengasasnya, Hafizi Woo dan Izree Kai Haffiz, berkata pemilihan selebriti untuk bekerjasama dibuat berdasarkan kesesuaian, bukan kontroversi yang pernah melanda mereka.

“Kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, tanpa diskriminasi. Selebriti adalah rakan kami, dan kami tidak pernah meletakkan mereka dalam ‘senarai hitam’. Fokus utama kami adalah karya dan profesionalisme,” katanya.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya yang banyak menampilkan artis tempatan sebagai wajah utama koleksi Raya, kali ini Fiziwoo memilih pendekatan berbeza.

Untuk koleksi Fiziwoo’s Raya Collection 2025, jenama ini tampil segar dengan pilihan ‘muse’ berpengaruh seperti ahli politik Nurul Izzah Anwar serta ahli perniagaan dan pempengaruh Nur Nadia SM Nasimuddin, Nur Diana SM Nasimuddin dan Che Puan Sarah Shahdan.

Sebelum ini, aktres Ruhainies pernah dipilih sebagai ‘muse’ jenama tersebut, namun kontroversi membabitkannya dengan aktor Aliff Aziz sedikit sebanyak memberi tempias kepada Fiziwoo.

“Kami sedar tahun 2024 lalu adalah tahun yang sangat kontroversi buat Fiziwoo dan bermacam notifikasi diterima. Sebagai pereka fesyen, tugas kami hanyalah berkarya. Kami tidak mencampuri urusan peribadi atau rumah tangga sesiapa.

“Apa yang berlaku selepas seseorang menjadi ‘muse’ kami adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka,” katanya.

Pada majlis pelancaran Fiziwoo’s Raya Collection – Iftar Soiree di Setiawangsa, Kuala Lumpur, jenama ini turut memperkenalkan koleksi tudung bawal eksklusif hasil kerjasama bersama TV3.

Menampilkan corak bunga klasik dan moden yang diinspirasikan daripada suasana kampung, koleksi ini hadir dalam 10 warna menarik dengan fabrik cotton voile yang selesa dan mudah dibentuk.

Khas untuk peminat tudung bawal, koleksi ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM68 melalui laman rasmi www.fiziwoo.com atau butik Fiziwoo KL East Mall.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Oct 2018

“It Would Be an Honour to Represent Malaysia on the World Stage…”

Fireman and triathlon athlete Mohd Amran dreams of qualifying for the IRONMAN World Championship in Kona, Hawaii, USA.

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Mon, 25 Apr 2022
Trending Tue, 25 Jun 2024
Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

Trending Wed, 1 Nov 2023
Featured Sat, 26 Mar 2022
error: Content is protected !!