Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 14, 2018 @ 8:16am

Dari Jazz Ke Pop Balada, Noryn Aziz Tukar Selera?

Keluar dari kebiasaan, penyanyi yang sebelum ini mengangkat irama Jazz akhirnya beralih kepada irama pop balada pula.

Bagi Noryn Aziz, tak salah dia mencuba meneroka genre baru memandangkan ini salah satu usahanya menarik kelompok peminat baru.

“ Saya ada kelompok peminat tersendiri yang meminati muzik Jazz tetapi dalam masa sama saya ingin mengukuhkan nama dalam industri termasuklah menarik minat pendengar muda,” katanya.

Penyanyi berusia 41 tahun yang kini mengusahakan kelas vokal Noryn Aziz memberitahu dia menggunakan khidmat komposer Ajai untuk pembikinan album terbarunya.

“ Mungkin sebelum ini, saya tak pernah membawa lagu-lagu bergenre sedih mendayu. Ini cabaran yang saya ambil.

“ Saya baru saja selesai merakamkan lagu pop balada ciptaan beliau, Percayakan Cinta.

“ Lebih menarik, ini merupakan kali pertama saya berduet menerusi single dan saya sangat teruja menunggu penerimaan peminat di luar sana,” katanya.

Tambah Noryn, lagu ini bakal menjadi lagu runut bunyi filem Kalla yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

“ Saya anggap ini rezeki dan ini mungkin pembuka laluan untuk menghasilkan lagu-lagu duet bersama artis lain.

“ Suara Hazama tak perlu dipertikaikan lagi. Dia sangat membantu dalam melancarkan proses rakaman single Percayakan Cinta ini,” katanya.

Akhirnya tercapai juga cita-cita Noryn Aziz untuk hasilkan lagu duet, tak sabar kami nak dengar lagu ni dimainkan di corong-corong radio. Tak kira genre apa sekalipun, semoga terus sukses dalam bidang muzik ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Itu Hanya Lakonan, Saya Masih Gagah’- Fikry Ibrahim Jawab Soalan Warganet

Takkan lah berlakon watak lembut bermakna dia tu betul-betul lembut…ye tak?

Featured Thu, 13 Oct 2022

Isu Habib Lempar Duit Pada Jemaah, Umie Aida Bagi Penjelasan

Haa sebab apa Habib tu lempar duit eh?

Featured Wed, 28 May 2025
Fab Foodies! Fri, 17 Aug 2018

Jay Park’s Guide to Proper Soju Drinking Etiquette

Soju is more than just another alcohol; it’s South Korean culture.

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

“Inilah Jodoh Dunia dan Akhirat Saya “

gambar di Instagram, Fattah Amin menyuarakan rasa syukurnya kerana memperisterikan Fazura.

Featured Wed, 20 Oct 2021

Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah. Tular satu rakaman video di Twitter semalam […]

error: Content is protected !!