Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2025 @ 6:57pm

[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Curi Perhatian, Sharifah Aleya Tak Kisah Pendapat Netizen – “Saya Suka, Suami Suka.. Kalau Anda Tak Suka Pun Tak Apa”

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya mengaku itidak kisah jika terdapat segelintir netizen yang tidak gemar dengan penampilannya kini.

Kata Aleya atau nama penuhnya, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 43, tindakan menindik hidung tidak seharusnya dipandang serius memandangkan ini adalah perkara yang mahu dilakukannya sejak dahulu lagi.

“It’s tindik hidung, bertenang! Tindik hidung sahaja.

“Tindik hidung saya buat since saya tingkatan tiga lagi, lagi satu yang macam anda tengok sekarang adalah dalam 3 ke empat tahun lalu. Yang ini saya dari dulu lagi nak buat.

“Betul, saya ada dapat juga komen sebegitu yang mempersoalkan tapi itulah, saya hanya tindik hidung tak lebih dari itu,” katanya.

Aleya berkongsi perkara itu ketika ditemu bual menerusi Sembang Wanita Xtra baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aleya (@sharifahaleya)

Tambahnya, dia juga sebelum ini pernah berhasrat untuk menindik kening dan lidahnya namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut selepas mengetahui kesan dan  pantang larang yang perlu dipatuhi.

Kongsinya lagi, tindakan menindik juga tidak pernah mendapat tentangan dari pihak keluarga.

“Sebenarnya, saya nak buat dekat bahagian kening juga tapi awak kena pakai saiz yang betulsebaba kalu tidak dia kana jatuh, terlondeh. Jadi saya takut sebab dia akan meninggalkan parut.

“Dekat lidah pula, saya jenis yang suka makan pedas. That’s why saya tak pernah buat dekat lidah sebab saya pernah tanya pantang larangnya.

“Mereka kata saya perlu buat soft diet  utnuk masa dua minggu dan tak boleh makan pedas dalam masa itu. Saya pula seorang yang suka makan pedas. Jadi saya lupakan hasrat untuk tindik lidah.

“Lagipun, saya suka, suami saya suka, mak bapak saya ada lah juga tanya, tapi mereka okay. Selepas itu mak saya pun ada puji juga subang tindik saya cantik, kalau saya tukar-tukar.

“Tapi ya, saya suka anda tak suka pun tak apa,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aleya juga memaklumkan dia sentiasa terbuka dan profesionak sekiranya diminta untuk membuka subang tersebut sekiranya diminta untuk keluar di kaca televisyen atau sebarang penggambaran.

“Tapi ya, saya suka anda tak suka pun tak apa.Tapi kalau untuk tujuan pengambaran kalau diarah untuk tanggalkan dan saya akan berbuat demikian. Itu bukan masalahnya. Sebab saya pun faham.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

Featured Wed, 1 Apr 2026

Kenyataan Berbaur Emosi Cetus Spekulasi, Pengurus Peribadi Fazura Tampil Respons – “Lidah Ular Memang Bercabang, Tapi Lidah Manusia”

Susulan hantaran yang dimuat naik pada Isnin, selebriti popular, Nur Fazura meraih perhatian apabila berkongsi posting berbaur emosi di media sosial miliknya.

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Wow! Barisan Penyanyi Popular Di Konsert Jelajah DYXY 2018

Bukan hanya pelajar, jenama ini juga membantu suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapat mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Saya juga tak sabar untuk berjumpa dengan pengunjung serta peminat di konsert itu nanti

Featured Wed, 23 Feb 2022
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

POLIS BERI TEMPOH SAMPAI ESOK, BEKAS PENYANYI SILA TAMPIL KE DEPAN

Selepas penahanan pelakon Sofi Jikan, polis meminta dua lagi individu untuk tampil membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil. Siapa gerangan individu itu agaknya? Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, […]

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018
error: Content is protected !!