Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 12, 2025 @ 10:00am

Sissy Imann Sah Bergelar Isteri Dr. Zamir Hilman, Terima Seutas Gelang Emas Sebagai Mas Kahwin, Plat Khas ‘SIS5795’ & Bulan Madu Ke Rome

Penyanyi, Sissy Imann, akhirnya sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung penuh bermakna di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9.00 pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan pertukaran hantaran antara kedua-dua pihak, di mana pihak lelaki hadir dengan satu dulang hantaran, manakala pihak Sissy membalas dengan tiga dulang lengkap beserta tiga cincin berlian sebagai simbol pengikat pertunangan.

Dalam suasana penuh mengharukan, Sissy dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil bin Mustaffa, di hadapan ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat pasangan mempelai.

Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840, manakala pertukaran hantaran diteruskan mengikut adat, dengan pihak Sissy menyerahkan tiga dulang, dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Antara perhatian utama tetamu ialah nombor plat kereta khas “SIS5795”, gabungan simbolik nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995, namun jenis kenderaan yang bakal menggunakan plat tersebut masih menjadi rahsia pasangan.

Selain itu, hadiah percutian bulan madu ke Rome, Itali, turut menjadi simbol permulaan bahagia mereka, manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Kisah perkenalan pasangan ini bermula pada awal 2025 apabila Dr. Zamir merawat Sissy yang hadir untuk mendapatkan rawatan ketika itu.

Tidak menyedari statusnya sebagai selebriti, hubungan antara doktor dan pesakit itu kemudiannya berkembang kepada persahabatan rapat sebelum membawa kepada perancangan mendirikan rumah tangga.

Sissy sebelum ini memaklumkan mengenai perkahwinannya ketika majlis pelancaran single terbaharu, “Dengan Kamu”, pada 1 Disember lalu.

Lagu tersebut turut menggambarkan perjalanan emosi penyanyi itu mengenai proses penyembuhan dan menghargai kehadiran insan yang datang tepat pada masanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Hasilkan Lagu Bersama Bapa, Layla Sania Kukuhkan Kedudukan Dalam Kalangan Komuniti Penutur Mandarin

Layla Sania kukuhkan kedudukan dalam kalangan komuniti penutur Mandarin.

Hiburan Mon, 2 Mar 2026
Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Trending Fri, 16 Jul 2021

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

Wah, bantuan buat orang bekerja sendiri pun ada gaisss!

error: Content is protected !!