Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 21, 2019 @ 5:20pm

Jatuh Dari Pentas? Takde Hal! Lady Gaga Bangkit Dan Teruskan Persembahan

Pada malam Khamis, pelakon dan penyanyi berimej unik Lady Gaga telah terjatuh dari pentas sewaktu persembahan Enigma di MGM Park Theater Las Vegas. Selepas menjemput seorang peminat ke atas pentas, penyanyi terkenal itu telah memeluk erat peminatnya yang kemudian mendukungnya sambil membuat aksi tarian yang ghairah. 

Foto kredit: Twitter akaun @laur_calderone

Tidak semena-mena, peminat itu telah tersilap langkah lalu terjatuh ke bawah pentas membawa Lady Gaga bersama-samanya. Video berdurasi beberapa saat itu sempat di ambil beberapa peminat yang hadir ke persembahan berkenaan dan kini tular di laman Twitter.

Walau bagaimanapun, penyanyi lagu ‘Shallow’ ini membuktikan mengapa dia disayangi ramai.  Lady Gaga bingkas bangun dan mengatakan “Semuanya OK. Yang tak OK ialah kami memerlukan tangga untuk pentas ini supaya saya dapat kembali ke atas pentas.”

Melihat reaksi peminatnya yang terkejut dan sedih terhadap apa yang berlaku, Lady Gaga telah memeluk jejaka yang bernama Jack itu dan menjemputnya untuk duduk di sebelah semasa bermain piano bagi persembahan berikutnya. 

“Kamu tahu apa yang dah kita lakukan? Kita saling jatuh di dalam dakapan masing-masing…seperti Rose dan Jack dalam filem Titanic,” ungkap pelakon ‘A Star Is Born’ itu. 

Menunjuk kepada peminatnya yang dia baik-baik sahaja, Lady Gaga telah memuat naik fotonya sedang beristirehat dan melakukan terapi selepas persembahan.

 

 
Lady Gaga juga memuatnaik foto X-tray tangannya yang sedang menunjukkan aksi ‘OK’! 

Sumber foto: Instagram @ladygaga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

计春华57岁病逝!

中国著名武术影视演员计春华11日上午惊传病逝,享年57岁,震惊中港台演艺圈!

Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal […]

Hiburan Wed, 4 Sep 2024
Selebriti Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Tue, 20 Dec 2022
error: Content is protected !!