Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2026 @ 11:21am

“Merangkak Lah Kau Di Akhirat Nak Minta Maaf” – Didakwa Masak Ayam Hitam Cecah RM800, Noor Nabila Tempelak Individu Sebar Fitnah

Personaliti media sosial, Noor Nabila tampil menjelaskan dakwaan tular yang mendakwa dia memasak seekor ayam hitam dengan harga mencecah RM800.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Nabila atau nama lengkapnya, Noor Nabila Mohd Noor, 41, menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyelar tindakan individu yang menyebarkan maklumat berkenaan yang dikatakan sengaja memfitnah demi meraih perhatian.

“Daripada RM800 jadi RM29 ke? Nak menipu pun agak-agaklah kau,” tulisnya sambil memuat naik tangkap layar yang memaparkan harga sebenar ayam hitam berkenaan.

Dalam masa sama, kakak kepada usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa itu turut mendakwa terdapat segelintir individu di platform Threads yang sengaja mencetuskan fitnah bagi menarik perhatian pengguna untuk mengklik pautan jualan mereka.

“Kat Threads ni ramai sejenis pemfitnah macam ni. Dia nak pancing semua klik dekat Threads dia.

“100 orang klik, 900 orang beli barang entah apa-apa yang dia jual dekat pautan itu. Dah berapa banyak komisen dia dapat.

“Hidup dengan memfitnah orang. Merangkaklah kau di akhirat nanti nak minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan mengatakan Nabila memasak ayam hitam yang didakwa berharga RM800 seekor sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2025
Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Kandungan Gugur, Syatilla Melvin Reda…

Syatilla Melvin sedar sewaktu tengah buat kerja rumah, ada ketulan darah keluar secara tiba-tiba. Sabar ya Syatilla, semoga ada hikmah di sebalik kejadian ini. Insha Allah.

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Walaupun Menderita Sakit, Hafiz Suip Terus Bangkit Demi Mentor 7

Rindu pula nak dengar suara Hafiz nyanyi kan?

Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Patutlah cantik adik-beradik Kardashian ni…

error: Content is protected !!