Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 11, 2019 @ 4:48pm

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Cubaan seorang jejaka warga Jepun, Takaaki Terry menghasilkan klip video menyanyikan lagu  ‘Assalamualaikum’ akhirnya membuahkan hasil! Menariknya, penyanyi asal lagu berkenaan, Faizal Tahir sanggup terbang ke Jepun dan menjemputnya untuk datang ke Malaysia.

Ternyata pertemuan itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila kini Takaaki Terry diberi kesempatan mengembangkan bakatnya di Malaysia menerusi single sulungnya berjudul ‘Konnichiwa Dunia’. Takaaki juga mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama yang dilamar oleh Faizal Tahir dan kini bernaung dibawah Faithful Music.

‘Konnichiwa Dunia’ adalah sebuah karya ciptaan Takaaki sendiri manakala liriknya pula diolah bersama oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin. Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Lagu yang diberi gubahan segar dengan pengaruh muzik J-Pop/J-Rock ini dijangka menawarkan sajian telinga yang berbeza buat pendengar dan bakal memeriahkan lagi arena muzik Malaysia. 

‘Konnichiwa Dunia’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Konnichiwa Dunia’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes bermula 11 JANUARI 2019. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

#tontonRaisha2 : Mawar Rashid Tak Berhenti Berlakon Selagi…

Dalam pada itu, Mawar juga bersedia untuk membawakan watak jahat dengan syarat tiada adegan sentuhan.

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Ifa Raziah Tersingkir, Hazami Bangkit Rangkul RM5,000… Ini Recap Konsert Keempat!

Ifa Raziah peserta pertama tersingkir di minggu keempat. Tak sabar konsert kelima dimana semua peserta akan bawa lagu luar daripada genre mereka! #TerpalingJuara #Playlist AJL

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Siapa Cepat Dia Dapat’- Ifa Raziah Nafi ‘Sailang’ Penganjur Lain

Saya faham dengan keadaan para peniaga yang perlu mengambil-kira soal kos dan untung. Jadi saya tidak akan terlalu ‘menekan’ mereka.

Featured Sat, 21 Jun 2025
Featured Mon, 4 Oct 2021

Rentas Negeri Dikhabarkan Bermula Jumaat Ini, Kadar Vaksinasi Dijangka Capai 90 Peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabru baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas negeri yang bakal bermula tidak lama lagi. Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi Menurut […]

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MACAM NI KE ANGELINA JOLIE JADI ZOMBIE?

Inilah yang terjadi apabila wanita yang dikenali sebagai Sahar Tabar ini terlalu obses dengan idolanya Angelina Jolie. 

error: Content is protected !!