Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 5, 2024 @ 5:01pm

Amir Masdi Enggan Masuk Campur Kemelut Search – “Harap Mereka Selesaikan Secara Baik”

“Saya tak masuk campur,” demikian kata penyanyi Amir Masdi yang enggan terlibat dalam kemelut yang berlaku di antara kumpulan Search.

Menurut Amir, dia lebih selesa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persediaan Konsert Search Gemuruh yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Jun ini.

Tambah Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, dia berharap agar semua anggota Search dan bekas ahli kumpulan legenda itu dapat mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

“Saya macam projek istimewa untuk konsert ini sahaja. Mula-mula saya keliru apa cerita sebenarnya tapi itu urusan mereka. Saya cuma berharap mereka dapat selesaikan perkara ini dengan baik.

“Saya hanya jalankan tugas untuk konsert dan tidak ada tanda tangan sebarang kontrak sebagai ahli tetap kumpulan ini,” katanya ketika ditemui XTRA.

Ditanyakan tentang harapannya terhadap konsert yang bakal tiba, Amir menyatakan dia mahu memberikan kelainan kepada peminat setia kumpulan itu.

“Untuk konsert ini saya harap dapat peminat baru dan menimba pengalaman lebih banyak. Sebelum ini hanya buat showcase dan ini peluang saya untuk beraksi bersama otai dalam industri muzik.

“Janji saya untuk peminat adalah mahu beri nafas berbeza dalam lagu-lagu Search dengan cara dan gaya tersendiri,” jelasnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Amir ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie, baru-baru ini.

Sebelum ini, vokalis asal kumpulan Search, Datuk Amy mengakui kecewa dengan tindakan Noordin dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid’Din Collection tanpa pengetahuan anggota lain.

Malah, penyanyi rock lagenda itu turut menyifatkan tindakan mereka keterlaluan dan tidak menghormati tidak menghormati perjuangan kumpulan itu.

Amy turut mempersoalkan royalti album tersebut yang sepatutnya menjadi hak bersama anggota lain termasuk Nasir, Man dan Hillary.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Dec 2018

OMG! Tragedi Cas Telefon Sambil Pakai Earphone Berulang Lagi

Tidak sangka hanya kerana gemar mendengar lagu menggunakan earfon maut

Featured Thu, 1 Dec 2022

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu. Mengisi slot Samarinda TV3, […]

Trending Mon, 16 Apr 2018

Pelik! Wedding Dress Unik Alaf Baru Ini Curi Perhatian

Rekaan baju pengantin ini dikatakan unik dan lain daripada lain! Mungkin boleh beri inspirasi untuk yang bakal bergelar raja sehari?

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Kalau Ada Peluang, Saya Nak’ – Imuda Rindu Nak Masuk Set Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Bila Budin dah bersuara…semoga ada pihak yang sudi menerbitkan seterusnya mengembalikan kegemilangan sitkom popular ini!

Hiburan Thu, 21 May 2026

“Meh Hantar Dekat Office Saya” – Aedy Ashraf Sanggup Jaga Anak Peminat, Beri Peluang Pasangan Suami Isteri Tonton Filem

Aedy dilihat membalas ciapan beberapa peminat yang berseloroh meminta bantuannya menjaga anak mereka sementara menonton filem Tarung: Unforgiven

error: Content is protected !!