Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 4, 2022 @ 7:36pm

Akui Punca Salah Faham Isu Wang Jualan Tiket, Zamani & Aalan Akhirnya Berdamai

Sebelum ini, timbul kontroversi yang mendakwa penyanyi Aalan Ahmad melarikan wang jualan tiket Konsert Doa Buat Zamani sehingga mengakibatkan penyanyi popular Zamani mendapat pulangan berjumlah RM4,635 sahaja.

Terbaharu, perang dingin yang melibatkan Zamani dan Aalan yang merupakan pemilik Indera Entertainment dikatakan telah menemui noktah apabila mereka mengambil keputusan untuk berdamai.

Memetik laporan Harian Metro, penganjur bersama konsert yang berlangsung 30 September lalu juga tidak ingin memanjangkan isu sehingga menjejaskan hubungan baik antara mereka sejak remaja lagi.

Jelas Zamani, komen yang diberi peminat dan penggiat seni tanpa mnegetahui perkara sebenar menegangkan lagi keadaan dan mengambil keputusan untuk berdepan bagi meluahkan perasaan masing-masing.

“Masalah memang ada tapi kami pilih mendengar, meneliti dan mencari jalan penyelesaian. Itu lebih baik daripada membiarkan tergantung begitu saja tanpa jawapan dan buat peminat berteka-teki.

“Lagipun kena ingat saya akan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis Isnin ini. Ada baiknya saya selesaikan setiap isu sebelum fokus pada pembedahan,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan itu, sahaja, perbincangan tersebut turut disertai oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani dan Amylia isteri kepada Aalan.

Lagi, perbincangan mereka dilihat berjalan lancar namun beremosi dalam isu tertentu terutamanya isu penjualan tiket, sumbangan mytickets.asia sebanyak RM3 bagi setiap keping tiket untuk Zamani serta dakwaan Julie terhadap Aalan.

Walaubagaimanapun, keadaan kembali reda apabila masing-masing menerima penerangan dan penjelasan yang dilontarkan kedua-dua belah pihak.

Tambah, Aalan bersyukur apabila Zamani akhirnya memenuhi permintaan untuk bertemu dirinya dan isteri.

“Di sini saya dapat menjelaskan apa yang sepatutnya mereka perlu faham. Jelas terbukti perkara ini berpunca daripada salah faham isterinya. Saya jelaskan kronologi apa yang berlaku dan mereka akhirnya puas hati dan faham.

“Pada saya isu ini dah selesai. Tumpuan sekarang ialah pembedahan Zamani. Biarlah dia laluinya dengan tenang,” kata Aalan ketika ditemui Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Oct 2018
Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Tajul Sedih Lagu Mengusung Rindu Kalah Dengan Lagu Aliff Syukri

Jangan risau Tajul, lagu Mengusung Rindu tetap dihati kami semua.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul! Hanya Strim & Menang Pakej 6H4M Ke Korea!

Kempen Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul hadir sebagai satu inisiatif yang menambah kemeriahan suasana Ramadan

Eat Travel Sun, 24 May 2020
Contest Mon, 24 Sep 2018

#JommenangXtra : Rasai Ketakutan Luar Biasa Di Sunway Lagoon Dalam Nights Of Fright 6

Rasai mimpi ngeri yang bakal menghantui anda di Nights Of Fright (NOF6)

Hiburan Sun, 6 Jan 2019
Featured Sun, 8 Dec 2024
Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

error: Content is protected !!