Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 28, 2025 @ 12:51pm

Isteri Berangkat Ke Gaza, Momen Yusof Bahrin Peluk & Cium Zizi Kirana Menyentuh Hati – “Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah”

Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusof Bahrin yang didakwa bergolak sebelum ini akhirnya terjawab selepas selebriti itu berkongsi sebuah foto di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Zizi atau nama lengkapnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, memuat naik foto mengenggam tangan suaminya, Yusof dengan kapsyen yang penuh bermakna.

“Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah,” katanya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور (@zizi_kirana)

Sementara itu, di platform TikTok tular video memaparkan momen Yusof mencium dahi dan memeluk erat isterinya sebelum berlepas ke Gaza bagi menjayakan Misi Global Sumud Flotilla bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Salam Malaysia.

Momen antara kedua-dua pasangan itu bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah netizen juga meluahkan rasa syukur melihat rumah tangga Zizi dan Yusof dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ramai dalam kalangan mereka turut mendoakan agar perkahwinan Zizi dan Yusof berkekalan dan sentiasa dibawah perlindunganNya.

@aishh_nour

Kami tak mampu nak berjuang sepertimu. Tapi doa kami mengiringi kalian. Selamat berjuang Sumud Nusantara🤲🏻 #sumudnusantara #zizikirana #perjuangan

♬ original sound – α∂ιк – α∂ιк

Terdahulu, timbul spekulasi pasangan selebriti ini sedang berdepan kemelut rumah tangga selepas kedua-duanya dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, beberapa hantaran Zizi di aplikasi Threads juga menarik perhatian netizen apabila ia sarat dengan kata-kata yang seolah-olah meluahkan rasa hati dan penuh makna tersirat.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 selepas perkenalan mereka ketika menjayakan sebuah program hiburan.

Artikel Berkaitan: “Sejak Awal Penglibatan Dalam Dunia Seni, Saya Pilih Untuk Tak Campur Hal Kerja & Peribadi” – Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Buka Mulut Isu Rumah Tangga, Jawab Spekulasi ‘Unfollow’ Zizi Kirana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amylea Panik Sebab AJL33?

All the best buat Amylea dan Kaer di pentas AJL33 nanti!

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Tak Nak Berhutang, Tiada Komitmen Tinggi” – Anzalna Nasir Mahu Hidup Tenang, Nikmati Masa Bersama Keluarga

Menurut Anzalna, dia kini lebih selesa menikmati kehidupan dengan melakukan perkara yang membuatkannya gembira termasuk melancong dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Trending Wed, 8 Aug 2018

Tuduhan Terima Wang Haram RM 42 Juta, Najib Razak Mengaku Tidak Bersalah

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Hiburan Tue, 27 May 2025

“Pati Haruan? Doktor Saya Larang” – Ayda Jebat Kongsi Tip Pemakanan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Ayda Jebat maklum doktor menasihatinya untuk mengelak daripada ambil pati ikan haruan

Hiburan Sun, 18 Jan 2026
Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Tue, 4 Sep 2018
Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi

merasa aiskrim sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.

Featured Wed, 12 Oct 2022

“Puas Hati? Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia!” – Neelofa Kesal Wajah Bilal Dikritik?

Hanya ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan mungkin faham apa yang saya rasa – Neelofa

error: Content is protected !!