Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2025 @ 1:35pm

“Sejak Awal Penglibatan Dalam Dunia Seni, Saya Pilih Untuk Tak Campur Hal Kerja & Peribadi” – Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana akhirnya tampil membuka mulut susulan dakwaan tular yang mengatakan rumah tangganya bersama aktor, Yusof Bahrin goyah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGS), Zizi memaklumkan, isu yang tular berkenaan sudah lama berlalu dan terlalu banyak tafsiran terjadi sejak  kebelakangan ini.

Jelasnya, hantaran dan kapsyen yang dimuat naik di Threads mahupun TikTok itu adalah hantaran lama yang diambil semula dan dijadikan ‘topik’ perbualan.

“Berkenaan isu yang dibangkitkan semula kebelakangan ini, sebenarnya sudah lama berlalu.

“Cuma mungkin masa isu ini muncul semula membuatkan pelbagai tafsiran terjadi.

“Saya juga mahu maklumkan bahawa beberapa status lama saya di Threads serta video di TikTok saya dari tahun 2022 telah diambil dan djadikan bahan perbualan semula.

“Bagi saya perkara-perkara itu ditulis dan dikongsikan pada waktunya bukan untuk dijadikan naratif hari ini.

“Saya menulis dan berkongsi sebagai seorang manusia sama seperti kalian semua. Bukan untuk dijadikan babak tambahan dalam cerita sesiapa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Rumah Tangga Diperkatakan, Zizi Kirana Mohon Doa Yang Baik-Baik

ARTIKEL BERKAITAN:Yusuf Bahrin Buka Mulut Isu Rumah Tangga, Jawab Spekulasi ‘Unfollow’ Zizi Kirana

Dalam pada itu, pelantun lagu Eh ini menegaskan, dia berada dalam industri seni bukan untuk terkenal dengan kisah peribadi sekaligus menjelaskan dia bertindak profesiona apabila tidak mencampur adukkan soal karier dan hal peribadi.

“Saya percaya, seni yang tulen dan jujur tak perlukan kisah peribadi sesiapa pun.

“Sejak awal penglibatan saya dalam dunia seni, saya memang memilih untuk tidak mencampur adukkan hal kerja dan peribadi.  Itulah cara saya menjaga apa yang saya sayang.

“Yang mengenal, akan faham. Yang menghormati, akan diam,” jelasnya.

Justeru, Zizi berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tular sebaliknya memohon doa yang baik-baik dari semua pihak.

“Saya memilih untuk tidak mengulas panjang.

“Dan Cukuplah saya terus mendoakan yang baik-baik untuk semua, termasuk diri saya sendiri. Sayang kalian semua,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 11 Jul 2018

Malaysian Wannables Can Purchase Exclusive Merchandises at CJ WOW Shop

This sale is going on in lieu of Wanna One’s World Tour.

Trending Hari Ini Thu, 11 Jun 2020
Trending Tue, 2 Jun 2020

‘Dear Love’ Bukti Cinta Utuh BCL & Ashraf Sinclair, Bikin Netizen Tak Boleh Move On

” Bahkan ku masih tak tahu berada di mana..
Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah. -BCL

Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Trending Fri, 10 Dec 2021

Netizen Puji Mesej Anti-Buli Dendam Penunggu… OST Nyanyian Khai Bahar Pun Best!

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA yang mengangkat tema anti-buli. Antara barisan pelakon yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi. Sedang hangat […]

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

error: Content is protected !!