Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 10, 2025 @ 2:49pm

Barisan Bintang Antarabangsa Bakal Gegarkan KL, NEON Music Festival 2025 Kembali Pada 11 April Ini!

Hardwell, ARTBAT, DUBVISION, Matisse & Sadko, serta Third Party bakal menggegarkan pentas NEON Music Festival (NMF) 2025!

NEON Projects Sdn. Bhd. secara rasmi mengumumkan senarai penuh artis yang akan membuat persembahan di KL Base Sungai Besi pada 11 April ini, menjanjikan pengalaman festival muzik elektronik terbesar di Malaysia.

DJ dan produser legenda Hardwell akan menjadi bintang utama festival ini, menandakan kemunculan semulanya di Malaysia selepas tujuh tahun. Dengan himpunan lagu-lagu hit seperti Spaceman serta bunyi baharu yang mencetuskan fenomena, Big Room Techno, Hardwell dijangka menghidupkan semula pentas dengan auranya yang luar biasa.

Festival ini turut menampilkan debut ARTBAT di rantau ini. Duo elektronik terkenal dengan genre melodic techno ini bakal mempersembahkan konsep audio-visual inovatif mereka, UPPERGROUND, yang membawa pengalaman luar biasa kepada peminat muzik elektronik.

Sebagai kejutan tambahan, NMF 2025 bakal menyaksikan sesi back-to-back (b3b) eksklusif yang menampilkan tiga gergasi Progressive House – DUBVISION, Matisse & Sadko, serta Third Party. Ini bukan sahaja menandakan debut Third Party di Malaysia, tetapi juga menyatukan tiga nama besar ini dalam satu pentas buat pertama kalinya, membawa kembali semangat Progressive House yang dirindui peminat tempatan.

Dengan produksi pentas LED imersif, paparan grafik definisi tinggi, sistem bunyi terbaik, serta efek visual dan laser yang mengagumkan, festival ini menjanjikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan. Pengunjung juga boleh menikmati pemasangan seni unik, peluang bergambar menarik, serta jaminan keselamatan dan keselesaan maksimum sepanjang acara berlangsung.

Bagi yang ingin menjadi sebahagian daripada pengalaman epik ini, tiket boleh dibeli secara dalam talian di www.neonmusicfestival.asia. Tiket pra-jualan telah habis dijual, manakala tiket Early Bird masih boleh didapati pada harga RM268.00. Tiket Jualan Umum Tier 1 dan Tier 2 masing-masing berharga RM288.00 dan RM328.00, sementara tiket VIP berharga RM458.00. Tiket VVIP pula tersedia atas permintaan.

NEON Music Festival 2025 bakal menjadi festival muzik elektronik paling epik tahun ini, menjanjikan pengalaman penuh tenaga dan keseronokan tanpa batasan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Dec 2021

“Rasa Macam Nak Samak Lidah Berkali-Kali” – Tak Sengaja Makan Pork Belly, Netizen Minta Norreen Iman Berhati-Hati

Baru sahaja menjejakkan kaki di London, pelakon Norreen Iman berhadapan dengan kejadian buruk apabila menyedari sandwich yang dimakan mempunyai kandungan perut babi. Norren memberitahu dia dan suaminya, Razzi termakan sandwich yang mengandungi babi itu sebaik […]

Featured Thu, 18 Aug 2022

“Wow, Sesuai Sangat Ni!” – Nak Jadi Anak Mahsuri, Izara Aishah Idam Berlakon Dengan Maya Karin

Uishhh, mantap ni kalau Izara Aishah bergabung dengan Maya Karin! Lovee aktres hebat hebat ni

Hiburan Mon, 14 May 2018

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan. Tahniah!

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

error: Content is protected !!