Euforia Bola 2026
#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain March 22, 2023 @ 4:47pm

#ThrowbackXTRA: Bermula Dari Rumah… Neelofa Syukur Perniagaan Berkembang Luas

Jenama pakaian dan hijab milik selebriti popular Neelofa semakin berkembang selepas berjaya mengecapi pencapaian sepanjang penubuhannya.

Bermula dengan hanya mengeluarkan tudung, kini Naelofar turut tampil dengan pelbagai pilihan yang lebih banyak serta menarik untuk para wanita seperti baju, beg tangan, kelengkapan solat dan sebagainya.

Menurut Neelofa, dia sangat berpuas hati selepas melihat pencapaian perniagaan yang diuruskannya sejak 2014 itu semakin dikenali dan mendapat penerimaan ramai.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA, Neelofa turut berkongsi perjalanan dan permulaan jenama itu yang kini sudah menginjak usia sembilan tahun.

“Kalau nak throwback untuk jenama ni, pada 2014 dulu kita buat dekat rumah teres je. Situlah stock, warehouse, office kita tak ada tempat yang selesa.

“Jadi selepas beberapa bulan, baru kita pindah ke proper building. Baru ada proper office, hire orang yang betul. Asal jenama itu tu yang kelakarnya, kakak saya jaga online, kita ada sorang kawan yang jaga stokist. Lepas tu driver saya packing untuk postage. Barulah kita slowly ambil proper team.

“Sampailah sekarang kalau kita tengok kita ada lapan store di seluruh Malaysia. Ada proper department yang jaga setiap bahagian dan kita ada lebih banyak pilihan, not just tudung, kita ada baju, inner, merchandise, beg dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa juga sempat berkongsi hasratnya untuk meluaskan lagi sayap perniagaannya itu lebih jauh.

Malah, dia juga menyatakan setakat ini pasukan jenama itu sudah mempunyai perancangan untuk meluaskannya ke Indonesia dan Singapura.

“Memang we always wanted to open up dekat overseas. Tapi sekiranya diberi peluang, memang kami nak sangat buka di Indonesia dan Singapura. Dah ada perancangan pun cuma kita tengah tunggu timing dan market yang betul untuk masuk ke sana macam mana,” jelasnya.

@xtra_my Kagum betul dengan kejayaan Neelofa sekarang ni 🥰 Semoga menjadi contoh buat orang ramai 😍 #fyp #xtramy #neelofa #kongsi #perniagaan #dari #rumah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Mar 2025

Kongsi Rutin Sepanjang Ramadan, Neelofa Habiskan 4 Jam Sehari Baca Al-Quran

Neelofa akan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sebelum bersahur.

Featured Fri, 26 May 2023
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Kau Tak Tahu Nikmat Bercium Tu…” – Gelagat Ibu ‘Bibir Shaming’ Anak Sendiri Buat Netizen Pecah Perut

Seorang pemuda bernama Azhan Mohd Jafri mengundang tawa warganet dengan gelagatnya bersama ibu tular menerusi sebuah video di TikTok. Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menerima kutukan (body shaming) daripada […]

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

TAHNIAH! SARI YANTI DAN JEP BAKAL TIMANG BABY

Apapun, Sari Yanti dan Jep mungkin ada sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan perkara ini terlalu awal. Dan, mungkin juga usia kandungan Sari pada ketika itu masih baru lantas mereka mengambil keputusan untuk tidak mengumumkannya

error: Content is protected !!