Euforia Bola 2026
Drama By: Khairil Khusyairi January 29, 2024 @ 8:17pm

Ummi Nazeera Dedah Karakter Salina Dalam ‘Rindu Kasih 2’ Lagi Mencabar – “Kali Ini Dia Seorang Ibu Dan Lebih Kuat Tapi…”

Pelakon Ummi Nazeera berkongsi cabaran dalam menjayakan drama hits terbitan TV3, Rindu Kasih 2.

Bercakap kepada XTRA, Ummi yang memegang watak Salina menceritakan karakter seorang Salina itu tidaklah mudah seperti yang diperlihatkan pada musim pertama.

“Salina memang seorang wanita yang sangat malang. Selepas satu demi satu cabaran yang dia hadap tapi kini Salina bukan macam dahulu.

“Kali ini dia seorang ibu dan lebih kuat tapi dia ada satu kelemahan iaitu seorang anak.

“Walaupun dia seorang yang kuat, dia tak benarkan orang buli dia tapi kalau melibatkan anak, dia akan jadi seorang yang lemah, putus asa dan kalah.

“Jadi itulah cabaran saya dalam Rindu Kasih 2,” ujarnya kepada XTRA.

Lebih mengujakan, drama 20 episod arahan Pali Yahya itu turut menjalankan penggambaran di Tanah Suci Arab.

Menurut Ummi, dia merasakan babak yang dilakonkannya di Tanah Suci itu sangat mudah tanpa rasa seolah-olah dipaksa demi menghidupkan watak Salina itu sendiri.

“Dalam musim ini juga ada babak Salina di Tanah Suci Makkah.

“Bagi saya, bila saya jayakan babak tersebut, saya tak perlu paksa pun, dia datang dengan semula jadinya. Mungkin sebab persekitaran juga.

“Bila berada di sana, saya merasakan perasaan yang sangat sayu, untuk saya masukkan karakter Salina dalam diri saya itu sangat mudah.

“17 hari di sana, macam-macam yang kita hadapi sebagai satu pasukan. Tapi kami berjaya buat semuanya dengan lancar.

“Ia pengalaman yang sangat menarik, Alhamdulillah saya gembira sangat,” kongsinya teruja.

Ujar Ummi lagi, dia menjayakan musim kedua ini dengan penuh minat dan teruja dalam memastikan Rindu Kasih 2 punyai kejutan yang diluar ekspektasi penonton.

Malah, Ummi sendiri beranggapan Rindu Kasih 2 lebih menarik.

“Untuk musim kali ini, saya tak fokus pada tekanan, saya lebihkan kepada minat dan keterujaan saya untuk bawa karakter ini.

“Sebenarnya apabila saya baca skrip, ia menaikkan semua karakter saya dan setiap babak yang saya buat itu sangat penting.

“Bagi saya sebagai pelakon sendiri apabila baca skrip saya rasa musim kedua ini lagi best,” tutupnya.

Untuk info, Rindu Kasih 2 bakal ditayangkan di Slot Samarinda jam 10 malam bermula 13 Februari depan.

Rindu Kasih 2 membariskan pelakon asal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 7 May 2023

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam Takziah Kaka dan keluarga 🥲🥹❤️

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Rebut Peluang, Hefny Sahad Mahu Asah Bakat Lagi

Bagi pengacara Muzik-muzik 33 ini, Hefny mengakui walaupun jadualnya padat dengan penggambaran drama dan pengacaraan, namun beliau mahu menunjukkan keyakinan pihak penerbit terhadapt bakat yang dimilikinya

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Opss! Zul Ariffin Mengaku Kenal Wanita Ukraine Itu Tapi…

Saya tak boleh puaskan hati semua orang, terpulang pada anda untuk mengandaikan apa saja. Saya tak mahu komen apa-apa. Biar masa yang akan menjawabnya…

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

LAWAK DOUBLE MEANING, DEPENDS! – SHUK

Bagi Shuk, apa yang cuba diketengahkan untuk persembahannya pada kali ini ialah lawak yang straight forward. Dan, beliau akan lebih sensitif terhadap isu lawak double meaning yang dianggap sebagai trademarknya itu.

Trending Fri, 16 Mar 2018

TMJ Letak Jawatan?

” Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit.

error: Content is protected !!