Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2023 @ 4:05pm

Didakwa Perampas, Ini Respons Shila Amzah – “Kalau Betul, Saya tidak Akan Ganggu Ubai”

Selepas mengaku sedang menjalin hubungan cinta bersama pempengaruh media sosial, Ubai Mz, Penyanyi Shila Amzah kini dituduh pula sebagai perampas.

Ia selepas Ubai didakwa mempunyai hubungan dengan seorang penyanyi dan juga pempengaruh yang sering tampil menerusi videonya sebelum ini.

Memetik laporan mStar,  Shila berkata, sekiranya dakwaan tersebut adalah benar maka dia tidak akan mengganggu kekasihnya itu apatah lagi berani memulakan sesuatu hubungan atas kesengsaraan orang lain.

“Kalau betul mereka bersama, saya pun tidak akan berkawan atau mengganggu Ubai lebih-lebih lagi nak bahagia tapi atas kesengsaraan orang lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Bagaimanapun, tidak mahu membiarkan tuduhan ini berpanjangan, Ubai tampil memberikan penjelasan menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.

Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, menjelaskan, hubungannya bersama penyanyi dan pempengaruh itu hanyalah sekadar rakan baik sahaja.

Bahkan, keakraban yang ditunjukkan sebelum ini adalah atas dasar kerja semata-mata dan tidak lebih dari itu.

“Itu adalah atas urusan kerja dan ia telahpun selesai. Cuma masih ada beberapa projek bersama yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Soal isu ada hubungan atau dakwaan yang mengatakan Shila perampas itu tidak benar kerana kita tidak dapat mengubah benda yang sudah lepas dan hanya boleh belajar dari kesilapan lalu. Malah, saya dan dia tidak bergaduh dan kami baik-baik sahaja,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Isu Lagu ‘Masuk Lagi’: Dr Afif Ridzwan ‘Backup’ Baby Shima, Pesan Jangan Cepat Hukum

Pempengaruh kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan tampil mempertahankan Baby Shima.

Trending Fri, 6 Nov 2020
Featured Tue, 19 Jul 2022

Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok

Tak sampai 24 jam dibebaskan dari ikat jamin, Siti Nuramira terus ditahan JAWI.. Fuh, bertubi-tubi. Moga terus jadi pengajaran pada semua!

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

error: Content is protected !!