Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari September 6, 2023 @ 7:36pm

Pilih Bergerak Sebagai ‘Fakir’ Untuk Hala Tuju Filem, Areel Abu Bakar Hasil Karya Baharu Judul ‘Walid’

Selepas kejayaan filem Geran pada 2019, pengarah filem Areel Abu Bakar tampil dengan filem aksi yang berjudul Walid dan tayangan bermula pada 14 September ini di seluruh pawagam di Malaysia.

Areel memaklumkan bahawa filem Walid ini dihasilkan dengan menggunakan dana sendiri dan memilih untuk bergerak sebagai ‘fakir’ daripada mengorbankan tujuannya sebagai pengarah.

“Fakir maksudnya kerdil, kecil, sendiri dan berdikari. Ini adalah filem kedua saya dan filem ini juga adalah filem yang kosnya ditanggung sendiri. Mungkin untuk filem ketiga akan datang, akan ada perubahan.

“Saya masih mencari rakan yang mempunyai misi sama, tanpa menolak atau membuang sasaran saya untuk sesuatu filem. Dalam kata lain, kalau ada pihak yang berjiwa besar nak berkolaborasi, mereka masih kena ikut apa yang saya sudah susunkan.

“Maksudnya, saya tak berkompromi dari sudut struktur skrip, artis-artis yang saya pilih untuk jalankan dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemui di Malam Gala Tayangan Filem Walid di Petaling Jaya, Selangor.

Bukan itu sahaja, Areel juga memaklumkan bahawa permohonan Dana Kandungan Digital (DKD) gagal kerana tidak memenuhi prosedur dalam beberapa perkara.

“Untuk filem ketiga selepas ini iaitu filem Abang, mungkin Finas dah nampak sebab saya ada mohon dana. Mungkin kalau dapat suntikan dana, dapatlah satu per empat daripadanya datang daripada Finas.

“Untuk Walid juga, saya sebenarnya ada mohon, tapi permohonan kami gagal kerana ada beberapa perkara yang tidak menepati prosedur,” jelasnya lagi.

Susulan itu, Areel berharap agar penonton dapat menerima karya terbaharunya ini yang mana mengetengahkan isu kemanusiaan seperti pendidikan dan pemerdagangan kanak-kanak di samping mengangkat warisan budaya dengan elemen seni silat.

Lebih membanggakan, filem Walid telah ditayangkan di Amerika Syarikat iaitu di Cine Village, New York (28 Julai – 3 Ogos) dan Leammie Glendale, Los Angeles (11 Ogos – 17 Ogos).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni

Featured Sat, 20 Dec 2025

“Mereka Menangis Dalam Diam” – Zizi Izette Sebak Anak-Anak Rindu Arwah Bung Moktar

Kata Zizi, meskipun dia seorang yang sangat menjaga privasi, namun perkongsian yang dibuat bukanlah mahu meraih simpati sebaliknya berkongsi perasaan

Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Tue, 23 Aug 2022
Filem Tue, 6 Feb 2018

《春天花啦啦!》演员210跟你玩翻桂和广场

你是否很想见到八度空间贺岁电视剧《春天花啦啦!》里的演员们,同时也想和他们一起在台上玩游戏、赢奖品?八度空间乘势出击,聚集了《春天花啦啦!》多位主要演员在这个星期六(2月10日)会见吉隆坡的剧迷们!

error: Content is protected !!