Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2024 @ 12:29pm

Berat Badan Naik 4 Kg, Hattan ‘Stop’ Merokok Sejak Kematian Adik – “2 Minggu Pertama Memang Gigil”

“Adik saya kuat hisap rokok boleh dikatakan berkotak-kotak tiap hari”.

Demikian luahan Datuk Hattan mengenai perubahan berat badannya.

Katanya ketika ditemui XTRA, sejak berhenti merokok April lalu, berat badannya kini bertambah sehingga empat kilogram.

Malah, Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata, keputusan diambil selepas kehilangan adik tersayang pada April lalu.

“Adik saya kuat hisap rokok, boleh dikatakan berkotak-kotak tiap hari. Tapi bukan saya katakan punca dia meninggal sebab rokok.

“Saya berhenti merokok sejak kematian adik pada April lalu dan alhamdulilah sejak hari ini tak hisap rokok.

“Saya juga tiap-tiap hari doa untuk henti rokok selepas adik meninggal,” ulasnya.

Hattan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hitam Manis yang diadakan di Saloma, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Mengaku sukar berhenti merokok secara drastik, Hattan bagaimanapun tidak patah semangat untuk terus mengamalkan cara hidup sihat.

“Dua minggu pertama berhenti tu memang gigil nak lawan tapi sekarang okay.

“Kesan yang saya rasa selepas berhenti, kadang-kadan rasa nak marah je selain selera makan bertambah. Itu sebab badan saya naik sampai 4 kilogram,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai perubahan paling ketara yang dialaminya selepas berhenti merokok, pelantun lagu Bisa Bonar ini mengaku pernafasannya semakin baik sekaligus dapat menyanyi lagu dengan nada yang tinggi.

“Pernafasan makin baik. Nak nyanyi lagi tinggi plan n rasa selesa.

“Sebelum ni, terasa macam ada kahak di bahagian tekak,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Selain Hattan, antara artis yang bakal menghangatkan konsert Hitam Manis adalah, Black Hanifah dan Hazama.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Febuari depan ini juga bakal menyajikan persembahan hebat dan istimewa buat penonton yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN:Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

ARTIKEL BERKAITAN:Hattan Luah Sebak & Bangga Anak Arwah Adik Capai ‘Straight A’s’ Untuk SPM

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiket Sudah Terjual 50 Peratus” – Datuk Hattan Sangkal Dakwaan Konsert Sifu Dan Aku Dibatalkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 28 Mar 2025

Anes Ayunie Beli 15 Kilogram Emas, Dikecam Netizen Kerana Didakwa Menunjuk

Anes Ayunie didakwa mahu menunjuk selepas berkongsi video membeli emas sebanyak 15 kilogram.

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Wed, 23 May 2018

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap.

Trending Sat, 17 Nov 2018

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Peminat Suka, Nina Iskandar Pula Kecewa Dengan Gaun Pengantin?

Kata pelakon Setelah Cinta Itu Pergi ini, dia terkejut melihat gaun pengantin selepas kembali ke butik empat hari kemudian.

error: Content is protected !!