Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 18, 2023 @ 7:40pm

Tak Pernah Wujud Sengketa, Ernie Zakri Peminat Aina Abdul Sejak Lagu Pertama Dilancarkan  – “Gandingan Kami Berdua Nanti Untuk Peminat!”

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri meluahkan rasa teruja dan terharu apabila dijemput untuk menjadi penyanyi undangan di Konsert Aina Abdul Live In Singapore pada Januari depan.

Pemilik lagu popular Ku Bersuara ini mengakui dia merupakan salah seorang peminat rakan seperjuangan, Aina Abdul di awal kemunculannya dalam industri seni.

“Saya setuju untuk menyanyi di konsert dia sebab dia Aina Abdul, seorang penyanyi yang sangat hebat. Saya harus rasa honoured to be part of her concert.

“Sebenarnya saya peminat dia dan mengikuti perjalanannya dalam industri sejak awal kemunculan dia. Saya tahu lagu pertama dia keluar. Bila dijemput itu umpama kawan ajak kawan.

“Saya sangat gembira dan menerima perancangan Aina ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

Ernie Zakri

Mengulas lebih lanjut, pemenag vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 menerusi lagu Gundah ini turut terharu apabila Aina menganggap gandingan mereka berdua sangat serasi di atas pentas.

“Saya pernah bekerjasama dengan beliau atas pentas yang sama, kami sebenarnya mempunyai chemistry yang sama tanpa kita sedar mungkin kerana kami memahami kehendak masing-masing atas pentas.

“Setiap penyanyi ada gerak geri sendiri yang mungkin orang lain tak boleh baca tapi kami sangat memberi energi masing-masing boleh merasainya,” ujarnya.

Sebelum ini, Aina ada menjelaskan bahawa konsert ini adalah untuk meleraikan segala dakwaan persengketaan yang sejak awal tidak pernah wujud antara mereka berdua.

Artikel Berkaitan: Penat Dibandingkan! Aina Abdul Sifatkan Ernie Zakri Pilihan Tepat Untuk Konsert Di Singapura – “Kami Dah Berlatih, Peminat Saya Pasti Akan Menangis”

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Ernie yang mahu orang ramai memahami bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah, malah mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Saya nak orang faham saya dan Aina tiada masalah, kami baik seperti biasa, ada jumpa kat gym.. Secara jujurnya kami tak ada apa terhadap sesiapa.

“Setiap penyanyi mempunyai identiti sendiri.. kami berdua adalah penyanyi yang sangat berbeza, kalau fight pun sampai bila tak habis sebab tak ada apa nak dibandingkan.

“Saya tak sabar untuk semua peminat kami melihat persembahan di konsert Aina Abdul tahun depan sebab kami membuat sesuatu yang istimewa,” katanya lagi.

@xtra_my

Min lurve persembahan Ernie Zakri menerusi lagu Astana harini😍❤️ Merdu sangat! 📺 15, 16, 17 Disember 2023, jam 3 petang di TV3 🖥️ Strim sekarang melalui Tonton www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton sekarang! #SFMM38 #RoadToAJL38 #xtramy #xtra_my #xtratonton #xtraxajl38 #erniezakri #astana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Ernie berkata demikian selepas usai melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) pada Sabtu lalu.

Pada sesi pengumuman AJL 38, Ernie yang mempertaruhkan lagu Astana berjaya mara ke peringkat seterusnya, selain turut memenangi lagu pilihan Alha Alfa pada Sabtu.

Selain Ernie, 11 finalis AJL 38 yang lain adalah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Aisha Retno (Sutera), Ziana Zain dan Hasif upin (Waktu), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Naqiu (Santai), Hael Husaini (Bintang), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Amir Jahari (Hasrat), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma) antara yang berjaya melayakkan diri ke AJL 38.

12 lagu bakal berentap di pentas AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri, Ziana Zain, Marsha Milan Layak Ke Anugerah Juara Lagu 38… Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL38!

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Isu Penyanyi Ganti Lagu Astana, Hubungan Ernie Zakri Dengan Nadeera Okay Sahaja – “Semuanya Demi Peminat”

Artikel Berkaitan: #SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: “Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Bila ‘Hantu’ Bawa Tuah kepada Dalimawati

Hantu bukan sebarang hantu ok?

Featured Fri, 3 Jun 2022

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Bestnya dapat hadiah birthday 😍 Chef Wan memang bapa yang baik walaupun suka bebel 🤣

Featured Tue, 11 Jan 2022

Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%

Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik. Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama […]

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Jelajah Tiga Negara, Siti Nurhaliza Ajak Penonton Imbau Kenangan Lama

Pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito akan memimpin susunan lagu dengan memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi konsert jelajah tiga negara ini.

Featured Mon, 21 Mar 2022
Trending Tue, 5 Oct 2021
Trending Wed, 30 Oct 2019

Nenek 67 tahun berjaya lahirkan anak, apakah nasib bayi ini?

Wanita ini berjaya dapatkan zuriat tanpa IVF.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Sun, 22 Jul 2018

Haruan Makan Anak, Budak Empat Tahun Dijadikan Pemuas Nafsu Bapa Sendiri!

Ajar si kecil anda dan terangkan bahagian private part yang tak boleh disentuh. Untuk para isteri di luar sana, sayangkan suami janganlah sampai kalau dia rogol anak sendiri, anda masih mahu mempertahankannya. Ada akan fikiran, sila gunakan! Ish geramnya.

error: Content is protected !!