Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 16, 2023 @ 12:19pm

Penat Dibandingkan! Aina Abdul Sifatkan Ernie Zakri Pilihan Tepat Untuk Konsert Di Singapura – “Kami Dah Berlatih, Peminat Saya Pasti Akan Menangis”

Penyanyi Aina Abdul menyifatkan pemilihan penyanyi Ernie Zakri sebagai artis undangan di Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada 6 Januari hadapan sebagai pilihan yang tepat.

Menurut penyanyi lagu Terus Hidup itu, pemilihan Ernie seakan menutup kata-kata yang pernah membandingkan mereka berdua.

“Sebenarnya, saya punya shortlist sewaktu saya mula-mula nak buat Live In Singapore. Tapi bila tengok list tu, saya rasa macam ada kekurangan dan kali ini, saya memang petik nama Ernie kerana saya sangat adore dengan bakatnya.

“Dan, saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk saya tutup kisah-kisah ‘comparison’ antara saya dan Ernie. Saya rasa we need more positive vibes dalam industri ni, di mana kalau orang lain kata ‘woman and woman cannot work together’, tapi saya nak say no to that!” katanya kepada XTRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Dalam pada itu, Aina bersyukur apabila tawaran yang diberikan kepada Ernie disambut dengan baik.

Tambahnya lagi, dia menganggap Ernie merupakan pilihan yang tepat kerana pelantun lagu Sumpah itu memerlukan seorang penyanyi yang boleh memberi ‘energy’ luar biasa ketika berada diatas pentas.

“Bagi saya, saya nak menyanyi dengan Ernie kerana saya betul-betul nak menyanyi dengan orang yang boleh menyanyi. Yang boleh buat saya naik ‘sheikh’, goosebump dekat atas pentas saya nak ada momen tu. Saya dah lama tak ada momen tu bersama penyanyi perempuan, jadi saya rasa Ernie adalah pilihan tepat untuk saya.

“Dan, alhamdulillah Ernie free dan saya terima green light dari dia dan kami sudah pun practice hari tu. Saya ingat lagi momen tu, yang pastinya peminat saya confirm akan menangis,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: Aina Abdul Bolot Hadiah Hari Pertama! Jangan Mati Rasa Itu Dipilih Sebagai Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: Aina Abdul Dedah Alami Tahap Kesihatan Kurang Memuaskan – “Memang Boleh Kerja Tapi Badan Perlu Rehat”

Ketika ditemui XTRA usai hari pertama persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) pada Jumaat, Aina juga tidak menolak kemungkinan sekiranya pada masa hadapan akan ada lagu duet melibatkan dirinya dan Ernie.

“Insya-Allah, saya memang tengah banyak menulis sekarang ni sebab kita dah habis dengan Imaji punya penulisan lagu jadi mungkin ada Insya-Allah. Doa-doakanlah mungkin ada ilham untuk buat lagu duet wanita. So far working with Ernie is the best. Saya jumpa ‘twin’ saya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Aina turut memberikan respons mengenai isu penyanyi ganti melibatkan Ernie Zakri.

Katanya, apa yang dilakukan Ernie adalah tindakan yang betul kerana seseorang perlu tampil berani menyuarakan isu sedemikian.

“Sebenranya waktu saya dengar pasal berita tu saya sedih, I feel really sad for her. Sebab saya boleh rasa kekecewaan tu.

“So, bila saya nampak dia buat video itu and really stand up for herself, apa yang boleh saya katakan adalah ‘You go girl!’.

“Kalau saya berada di tempat Ernie saya juga akan buat perkara yang sama. Sebab seseorang perlu bercakap tentang itu.

“Benda ni, kadang-kadang permainan komposer, penyanyi. Penyanyi ni sering dianaktirikan. Jadi saya rasa dia kena ada own voice to standup herself.

“Dan, saya mendoakan agar Ernie sihat, I love her, adore her and hope she can sing her song,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Mesti Ramai Undi Aina Abdul” – Ini Respons Ernie Zakri Bila Ada Yang Bitter Tatkala Nama Tercalon Top 5 ABPBH 35!

ARTIKEL BERKAITAN:”Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Teruja Konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) Live In Singapore Bakal Tampilkan Ernie Zakri! – “Mimpi Jadi Realiti”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Elak Obesiti, Anak Nora Jalani Pembedahan ‘Ikat Perut’

Nora memaklumkan anak keduanya, Alif Johan tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan.

Trending Fri, 13 Jul 2018

Pengasuh Adam Rayqal Mengaku Tidak Bersalah

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

EXO AND WANNA ONE PROTECT OTHER IDOL GROUPS FROM GETTING HURT

After SEVENTEEN’s Jeonghan fell through the hole, EXO and WANNA ONE members protect other KPOP idols from getting hurt.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Neelofa Tells People to Buy Original Designer Items Instead of Fakes

This comes after she was cleared by the viral Instagram account set out to expose celebrities wearing fake items.

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Selepas Dilanda Kontroversi, Sufian Suhaimi Terima Tawaran Berganda?

Untuk pengetahuan semua, Sufian juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari Universiti Sultan Zainal Abiddin (UniSZA)

Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
error: Content is protected !!