Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 26, 2023 @ 1:06pm

Sikap Budiman Imran Aqil Buka Hati Dahlia Rizal – “He Just Understood The Assignment Tanpa Saya Perlu Beri Hint”

Pempengaruh popular, Dahlia Rizal mengakui keikhlasan hati suaminya yang juga seorang pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil bagi memperisterikannya membuka hati wanita usia 22 tahun ini menikmati kemanisan rumah tangga.

Kongsi Dahlia atau nama lengkapnya, Nur Dahlia Ahmad Rizal, dia mula menyemai momen cinta bersama Imran pada pertengahan tahun lalu.

“Imran mula confess pada Januari 2022 dan saya mula ‘develop feelings’ sekitar Mei atau Jun pada tahun sama,

“Perasaan mula berputik apabila Imran menyambut ulang tahun saya sebaik-baiknya. Meriah! Tetapi masih mengikut caranya sendiri. Kata orang, antara cara untuk kita tahu kasih sayang sebenar seorang lelaki terletak pada cara dia menyambut hari lahir insan kesayangannya.

“Saya ringkas orangnya dan lebih gemar mengumpulkan kawan-kawan rapat sewaktu hari lahir.

“Imran just understood the assignment tanpa saya perlu memberikan hint langsung. That’s the kind of man he is.” kongsi Dahlia dalam temubual bersama sebuah majalah.

Dalam pada itu, Dahlia turut akui dahulunya tiada perancangan untuk berkahwin pada usia muda namun selepas melihat kesungguhan Imran, dia sedia mempersiapkan diri bergelar isteri.

“Saya selalu ada pemikiran negatif di mana I might as well tidak berkahwin jika selang beberapa tahun kemudian, saya juga akan bercerai seperti yang terjadi dalam keluarga saya.

“Namun apabila melihat usaha Imran yang bekerja keras dalam menghalalkan hubungan kami, saya serta-merta yakin untuk bergelar seorang isteri. Saya juga memperkuatkan Rohani dan mentaliti dengan mendirikan solat istikharah agar mendapat pentunjuk andai inilah masa yang sesuai untuk bernikah.

“Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan kami. Soal hati, terus wujud perasaan tenang apabila bersama Imran,” jelasnya.

Rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak, kata Dahlia, dia dan Imran mempunyai perbezaan sekiranya berdepan dengan konflik.

“Saya sejenis yang tidak gemar berkias dalam meluahkan perasaan. Andai kata hati saya terluka, saya inginkan si dia menyelesaikan apa-apa konflik secepat mungkin. Kalau ikutkan hati, saya seorang yang memilih untuk berbincang there and then.

“Berbeza dengan Imran yang tidak gemarkan konflik dan kadangkala lebih rela untuk lari daripada situasi tegang agar perasaannya tenang, menenangkan perasaannya. But I guess, opposites attract,” kongsinya.

Untuk info, Dahlia dan Imran disatukan pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus, Imran Aqil Kongsi Dugaan Bertunang – “Ada Orang Kenamaan Cuba Mendekati Tunang Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

钟镇涛携二女开唱!与歌迷共渡平安夜

钟镇涛携二女到云顶开唱!与歌迷重温岁月经典,度过激情既温暖的平安夜。

Acara Mon, 1 Jun 2026

4 Dekad Cipta Fenomen, TV3 Terus Dominasi Industri Drama Tempatan

Stesen televisyen nombor satu negara, TV3, meraikan ulang tahun ke-42 dengan tema “Hanya Yang Fenomena Di Sini”.

Hiburan Tue, 10 Feb 2026
Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Mon, 4 Apr 2022

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022

Wah, Inteam kolaborasi dengan Sufian Suhaimi!

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Sherry Ibrahim Simpan Hajat Kahwin Tahun Depan?

Didoakan semoga Sherry dapat jodoh cepat.

Featured Mon, 20 Jan 2025

Sepakat Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Lahirkan Baby Girl

Bayi diberi nama Tyara Emran itu dilahirkan pada Ahad, 19 Januari baru-baru ini.

Selebriti Thu, 16 Apr 2020
error: Content is protected !!