Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 23, 2024 @ 6:19pm

“Bagi Peluang Kau Lari, Kau Tak Nak Dengar” – Nurul Shuhada Nak Lawan Habis-Habisan?

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik hantaran seakan ditujukan kepada seseorang.

Menerusi perkongsiannya di Instastory, Shuhada memberitahu akan berlawan habis-habisan untuk mendapatkan keadilan.

Dalam hantaran sama, dia pernah memberi peluang kepada individu itu untuk ‘lari’ namun nasihatnya tidak dipedulikan.

“Biar saya tunjukkan apa yang saya mampu buat, Honey Bunny.

“Saya beri awak peluang untuk lari tapi awak tak nak dengar. Saya akan lawan hingga ke akhir nafas saya sayang, tunggu dan lihat.

“Sebab saya tak ada rugi apa-apa pun tapi awak ada ketakutan yang sangat besar,” katanya.

Sementara itu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini percaya dengan pembalasan Tuhan kepada mereka yang dipercayai menganiaya Shuhada.

“Dan perkara itu tiada kaitan dengan saya jadi macam ni tapi Allah dah janji sepedih-pedih pembalasan datang daripadaNya,” tulisnya diakhiri dengan hastag #lyricsoftheday.

Untuk rekod, Shuhada pernah berkahwin dengan Hafidz pada 30 April 2016 namun bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 7 dan Umar, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Manisnya Tasha Shilla bertudung. Tahniah buat Tasha dan Atiq!

Featured Sat, 22 Jan 2022
Trending Fri, 15 Dec 2017

Ular Yang Di Sangka Jinak Tetapi..

Remaja berasal Bojongsoan, Indonesia meninggal dunia selepas dipatuk ular kesayangannya…aduhai.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

Featured Wed, 8 Sep 2021

Cara Mohon Bantuan Bekalan Makanan Asas RM300 Menerusi Prihatin Kasih Mulai September

Untuk makluman,  program PRIHATIN Kasih menerusi insentif PEMERKASA adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad. Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 […]

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka

Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

error: Content is protected !!