Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 15, 2022 @ 7:02pm

“Bukan Senang Nak Buat Keputusan Ni” – Aidid Marcello Berhentikan Anak-Anak Sekolah Gara-Gara…

Pengacara Aidid Marcello, meluahkan rasa bangga apabila anak-anak lelakinya berjaya memasuki institusi pengajian tahfiz selepas memberhentikan dari sekolah rendah dan menengah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, bekas Penerbit Eksekutif TV3 itu menjelaskan bukan mudah baginya dan isteri untuk membuat keputusan itu.

“Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak & sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa & happy dengan panggilan ini.

“Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah & @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.

“Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia mmg jenis yang firm, well research, korek segala info gila-gila dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak-anak dia

“Tapi kali ni, kami tak tau macam mana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati & tenang memberhentikan anak-anak kami dari sekolah rendah & menengah, untuk masukkan mereka ke Akademi ni. Mudah betul proses, tak sampai 3 hari semua proses berhenti dan kemasukkan. MasyaAllah,” ujarnya.

Aidid juga mengakui dia berasa gembira dengan keputusannya biarpun terpaksa meredah perjalanan sejauh 25 kilometer untuk menghantar anaknya serta berpesan agar kita jangan sangsi dengan pemberian Tuhan.

“Kita memang boleh rancang, tapi DIA yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa 5 min dari rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah trafik hantar sejauh 25km.

“Kepada yang baca ni, nawaitu aku sekadar nak share rasa happy sebagai ayah & ibu. Dan aku juga nak share, jangan sekali-kali kita sangsi dengan apa yang DIA akan berikan kepada kita. Aku jahil sangat lagi, tapi aku tak nak anak-anak aku start lambat.

“Tentang masa depan mereka, Insya-Allah harapan kami, biarlah depa nak jadi apa sekali pun lepas ni, asalkan Quran dah ada di dada, luahnya.

Tambah Aidid, dia juga memohon warganet agar mendoakan anak-anaknya itu diberikan kelancaran menghafal Al-Qurandan berharap perkongsiannya itu dapat meyakinkan ibu bapa di luar sana.

“Aku mohon sangat, hampa yang sedang baca ni, doa dalam hati kejap, sebutkan nama depa. Muhammad Iman, Muhammad Yusuf, Muhammad Ibrahim.

“Semoga depa bertiga dapat menghafal Al-Quran dengan lancar dan tenang. Insya-Allah.

“Maaf kalau ada terbunyi sombong atau riak. Aku hanya seorang ayah yang masih jahil tapi terlalu gembira nak kongsikan pilihan perjalanan untuk anak-anak kami yang tak pernah kami fikir mampu kami lakukan.

“Moga-moga dengan perkongsian ni, ada juga kawan-kawan yang 50-50 atau sangsi tentang masa depan anak mereka, terus dapat keyakinan untuk register kan anak menghafaz Al-Quran, InsyaAllah,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Events Thu, 7 Dec 2023

Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga keluarga adik Zayn Rayyan terus kuat

Featured Tue, 6 Jul 2021

BNM Jelaskan Tiada Caj Faedah Atau Keuntungan Terkompaun Dalam Tempoh Moratorium

Umum maklum, BNM hari ini memaklumkan bahawa peminjam boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai esok. Justeru itu, Bank Negara (BNM) turut mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk […]

Featured Mon, 23 Apr 2018

Nikah Kali Kedua, Aktres Dynas Mokhtar Tetap Nervous!

Hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Dynas Mokhtar kembali menjalani kehidupan berumah tangga, apabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

E! News Bongkar Rahsia Disebalik Wardrobe Super Gah Ella Unplugged

Check it out untuk berita hiburan lagi gempak!

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Ini Perkara Menarik Yang Korang Mesti Tak Tahu Bila Tonton Drama Korea – Encounter?

Wah! Ensem kan Oppa korang ni? Mesti melting tengok drama-drama dia kan

error: Content is protected !!