Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 18, 2018 @ 4:50pm

Jelajah Tiga Negara, Siti Nurhaliza Ajak Penonton Imbau Kenangan Lama

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin mengumumkan bakal membuat persembahan dalam konsert jelajah di Kuala Lumpur, Singapura, Indonesia dan London.

Konsert khas ini dianjurkan bersempena dengan sambutan dua puluh tahun dalam industri seni suara di mana sebuah persembahan muzikal yang bakal membuai penonton dengan lagu-lagu hits diva tersohor tanah air ini.

” Konsert ini amat penting dalam karier seni saya selepas 20 tahun berada dalam industri. Saya berhasrat merapatkan jurang antara budaya dan bahasa melalui muzik saya.

” Saya mahu penonton mengembara bersama saya menerusi perayaan muzik ini. Bermula dengan negara jiran, Jakarta dan Singapura, saya serta pasukan produksi akan kembalikan detik Royal Albert Hall di London dan Insya Allah saya bersedia pergi ke beberapa lokasi ikonik lain,” katanya dalam sidang media Datuk Seri Nurhaliza On Tour yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, hari ini.

Kata penyanyi berusia 39 tahun ini, konsert istimewa ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen iaitu Etnik/Tradisional, Balada, Carta Unggul dan Unplugged. 

” Pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito akan memimpin susunan lagu dengan memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi konsert jelajah tiga negara ini.

” Saya juga akan mengundang penyanyi Indonesia, Tulus yang bakal menghasilkan momen terindah khas buat tatapan penonton yang hadir nanti. Beliau bakal menjadi penyanyi undangan yang membawakan lagu-lagu hits beliau,” kata pelantun lagu Anta Permana ini.

Lokasi pertama konsert jelajah Siti ini bakal bermula di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari 2019 seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019. Manakala peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert itu di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.

Untuk para peminat lagenda tanah air ini, jangan lepaskan peluang okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Sambut Ulang Tahun Ketiga Perkahwinan, Kenapa Azwan Kombos Mohon Maaf Dengan Isteri?

Happy Anniversaary Azwan & Ezzaty. Semoga terus bahagia hingga ke syurga!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

全马首创「天降大财神」派红包贺票房大卖!

配合贺岁电影《大财神》即将上映,电影公司让大财神「从天而降」让大众直接从他手中接过红包,寓意来年继续兴旺发,提早向大家拜年!

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Sat, 22 Mar 2025

Hanya Berkawan Dengan DJ Kidd, Emma Maembong Masih Solo – “Dia Bukan Punca Saya Bercerai”

Emma Maembong mengakui dia mengenali DJ Kidd selepas bertemu di lokasi penggambaran

Drama Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kaka Azraff Akui Tertekan

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff akui tertekan apabila melihat teman-teman rapatnya sudah mendirikan rumah tangga………

error: Content is protected !!