Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 22, 2022 @ 7:55am

[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar tidak asing lagi dengan kontroversi rumah tangga bersama isterinya, Sera atau nama sebenar Rossalena Natassyiah Asshaferah.

Baru-baru ini, Shuk dilaporkan menjual rumahnya di Denai Alam dan memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang disebabkan kurang mendapat tawaran dalam industri berikutan terpalit kontroversi tersebut.

Menerusi temu bual yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dalam sebuah program televisyen, Shuk mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya dan masih belum ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap

Menurut Shuk, Sera enggan mempertahankan rumah tangga lagi kerana kesalahan curang telah berlaku berulangkali sejak empat tahun lalu.

Shuk menganggap apa yang terjadi tidak berbaloi kerana kini dia kehilangan isteri, anak-anak dan juga rakan-rakan yang mula menjauh akibat perbuatannya itu.

Pertanyaan ‘panas’ Pak Nil berkaitan tindakan curang bersama wanita bernama Fara dalam temu bual itu membuatkan pelawak itu berasa kelu dan malu.

Shuk juga berterus terang dia masih berhubung dengan Fara namun tidak seperti dahulu lagi.

Kata Shuk, dia mengakui dirinya kini berasa kosong kerana tiada lagi kehadiran isteri dan anak-anak menghiasi hari-harinya setelah pulang bekerja.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa kecewa sama seperti yang ditonjolkan oleh Pak Nil terhadap pelawak itu.

Namun, ramai juga yang mendoakan agar Shuk berubah menjadi lebih baik dan kuat menghadapi ujian hidup ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2024

FUGŌ Tampil Dengan Album Sulung Berjudul “99”, Umumkan Siri Jelajah

FUGŌ lancarkan album 99 sebagai ‘tanda rasmi’ kehadiran mereka ke dalam industri.

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Bakal Jadi Isteri, Zahirah Macwilson Imbas Zaman Persekolahan…

Untungnya Aiman..wajah kekasih tak dimamah usia!

Featured Wed, 27 Nov 2024

Anak Penyanyi Tempatan Antara 6 Individu Ditahan Curi Kereta Ferrari

kejadian yang berlaku membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Events Mon, 17 Apr 2023
Trending Wed, 12 Jul 2023
Trending Thu, 28 Jun 2018

Man Died After Stung by Jellyfish in Langkawi

They may look like plastic bags but they’re deadly.

Trending Sat, 21 Nov 2020
Trending Mon, 13 Sep 2021
error: Content is protected !!