Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 21, 2020 @ 11:40pm

Pentas SFMM35 Terus Hangat, 7 Nasihat Diangkat Sebagai Lagu Terbaik

Sesuai dengan tema ‘Alamilah Persaingan Di Antara Yang Terhebat’ pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) episod kedua terus dihangatkan dengan persembahan memukau para artis yang bertanding.

Sebanyak 10 buah lagu yang dipertandingkan pada malam ini antaranya, Floor 88 (Hutang), Amir Masdi (Kau Sakiti), Hafiz Suip Dan Adira Suhaimi (Takdir Tercipta), Aishah (Aku Bidadari Syurgamu), Apex Tajuddin (Panggung), Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sicta (7 Nasihat), Arif Bahrain, Sarah Suhairi (Bicara Rasa), Zynakal, Yonniboi (Sakit), Naim Daniel (Sembah) dan Shila Amzah bersama Afif Tirmizie (Tentang Rasa).

Sumber : @TV3MALAYSIA

ARTIKEL BERKAITAN : Hati Lagu Terbaik Episod Pertama SFMM35

Sumber : @TV3MALAYSIA

Persembahan Aishah menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu sekaligus menjawab persoalan mengenai siapakah penyanyi yang bakal membawakan lagu penyanyi nombor satu negara itu.

Dan seperti biasa, Lagu Terbaik pada malam kedua SFMM35 ini dimenangi oleh Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu 7 Nasihat nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza.

Sumber : @TV3MALAYSIA

Jadi, jangan lupa saksikan episod ketiga SFMM35 esok untuk mengetahui lagu manakah yang layak untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 nanti!

SFMM35 ini turut disokong oleh rakan-rakan digital Senang Terhibur dan Xtra.com.my serta rakan radio Hot FM dalam menghangatkan lagi demam SFMM35.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Featured Wed, 17 Nov 2021

“Takut Anak Hidup Susah” – Lelaki Sebak Lamaran Ditolak Kerana Harta & Kerja

Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati tidak kesampaian. Lebih menyayat hati apabila ibu bapa wanita itu dipercayai memilih seseorang yang bekerjaya daripada memilih keikhlasan hati […]

Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Alhamdulillah, congrats Nad Zainal & Ungku Ismail

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!