Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 14, 2022 @ 1:04pm

Sudah Lali, Adeline Tsen Tak Kisah Dikecam Netizen Gara-Gara Berpakaian Seksi! – “Saya Bukan Beragama Islam, Jadi…”

Pelakon Adeline Tsen tidak kisah dikecam netizen gara-gara sering tampil dengan pakaian seksi di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Adeline menyatakan dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan menganggap isu itu sudah ‘lali’ sejak awal karier seninya.

“Saya memang suka berpakaian seksi jadi mestilah ada pihak yang kurang selesa. Lagipun ramai juga yang masih keliru adakah saya ini seorang muslim.

“Tapi ada juga yang tahu saya bukan beragama Islam, jadi saya rasa tiada masalah. Namun isunya bukan disebabkan saya berlainan agama saya boleh berpenampilan begini.

“Saya selesa dengan apa yang saya kenakan itu yang lebih penting. Lagipun apa yang saya pakai mengikut situasi dan lokasi. Takkanlah saya di kolam renang nak pakai baju-T pula, mestilah saya kenakan baju renang,” katanya.

Menurut Adeline, dia tidak marah jika dirinya menjadi sasaran netizen yang sengaja mahu mencari salah selagi tidak melibatkan keluargnya.

“Saya tak marah pun, tapi kalau ada yang cuba kaitkan saya dengan ahli keluarga sudah tentulah saya tidak akan duduk diam.

“Tapi setakat ini saya boleh kawal lagi. Ramai je yang kecam tapi saya tak ambil peduli. Kalau ada yang lebih-lebih saya sekat saja media sosial mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Sun, 14 Jan 2018

“Tidak Pernah Kasari Saya Langsung”

, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya,” tulis Diana Danielle.

Featured Tue, 28 Sep 2021
Featured Tue, 22 Aug 2023

“Tak Payah Sibuk Berbini 2, I Pun You Tak Boleh Handle!” – Anzalna Nasir ‘warning’ Suami Isu Poligami Abang Tesla

Setuju! Isteri sendiri pun kadang tak terlayan, ada hati nak kahwin lain ye dak?🤣

Trending Sat, 10 Sep 2022

“Saya Sering Pengsan & Tak Kuat…” – Acha Septriasa Dedah Hidup Dengan Satu Buah Pinggang

Siapa yang kerap sakit pinggang tu bolehlah dapatkan rawatan segera

Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Featured Mon, 21 Aug 2023
Featured Thu, 27 Jun 2024

Isu Mesej Lucah Selesai, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Sepakat Berhenti Sebar Aib Di Media Sosial

Konflik rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada semakin rumit apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas hantaran menerusi media sosial termasuklah pendedahan beberapa bukti ‘panas’ melibatkan aktor itu. Bagaimanapun, selepas tular pesanan […]

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Mon, 10 Jun 2024

Sempena Anniversary, Dini Schatzmann Kongsi Memori Terindah Dengan Janna Nick… Share Rutin Harian Sebelum Tidur – “Tetap Tunggu & Mandi Sama-Sama”

Sweetnyaaa!! Happy Anniversary Janna, Dini ❤️❤️ Semoga terus lovey dovey, dikurniakan cahaya mata soleh solehah 🥰🥰

error: Content is protected !!