Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 22, 2023 @ 2:30pm

“Tak Payah Sibuk Berbini 2, I Pun You Tak Boleh Handle!” – Anzalna Nasir ‘warning’ Suami Isu Poligami Abang Tesla

Pelakon jelita, Anzalna Nasir tampil menyuarakan pendapatnya berhubung isu berpoligami yang tular membabitkan Abang Tesla.

Katanya, jika seorang lelaki menyayangi isterinya cukuplah hanya sekadar menjaga hati dan bukannya mengambil keputusan untuk berkahwin dua.

“Hidup ni tak perlu mengharapkan lelaki. Berpoligami?

“Kadang perempuan nampak reda tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.

“Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan dan bukannya dengan mengahwini perempuan lain,” katanya.

Perkara itu dikongsi Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Mohd Nasir menerusi hantaran sebuah video pendek beserta kapsyen di Instagram Story (IGS) miliknya.

Dalam pada itu, dia juga menitipkan pesanan buat suaminya, Hanif Zaki agar sentiasa menghargai dan mengingati pengorbanan isteri dikala waktu susah ataupun senang.

“Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta. Balas lah yang sama!

“Hargailah isteri kerana banyak pengirbanan yang kami dah lakukan. Awas @hanif_zaki!,” jelasnya.

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Anzalna turut mengimbau kembali momen sepanjang perkahwinannya sebagai tanda peringatan kepada suaminya itu.

“Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan @hanif_zaki berapa dia spent untuk kahwin dengan I dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral!.

“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle. Emosi bila tengok benda viral suami tak hargai isteri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Manja Saling Berpelukan, Tindakan Jefri Nichol Ci*m Pipi Ameera Khan Buat Ramai Kesal

Jefri Nichol selamba cium pipi Ameera Khan, netizen petik nama Neelofa dan PU Riz

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

彩妆大师小凯「化身月老」首揭超完美底妆

带着全新彩妆品牌的小凯老师日前来马会粉丝!见面会上他不仅分享彩妆潮流和小诀窍,还现场「化身月老」逗趣地说:“趁着大家都在,今天我顺便结婚了!”

Trending Wed, 28 Oct 2020
Trending Tue, 12 Jan 2021

Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Kita belum menang, patuh SOP!

Trending Fri, 8 Jan 2021
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Siapa Agaknya Si Fatimah Gila Ni?

Yang penting, Clap! Applause! Clap! Applause

Featured Wed, 31 Jul 2019

Lutut dan siku anda hitam? Putihkan dengan 6 bahan semula jadi ini

Di rumah pun anda boleh jumpa bahan-bahan ini.

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
error: Content is protected !!