Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2026 @ 3:38pm

“Kami Cuma Nak Tahu Apa Yang Berlaku, Suami Pun Dilarang Tengok CCTV” –  Anne Abdullah Persoal Misteri Kematian Nadia Kesuma

Pelakon Anne Abdullah berharap misteri di sebalik kematian Allahyarham rakan baiknya, Nadia Kesuma ketika berada di Jeddah dapat diselesaikan meskipun pihak keluarga dimaklumkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.

Kata Anne, sehingga kini masih timbul persoalan dalam kalangan keluarga mengenai detik-detik terakhir arwah, termasuklah siapakah gerangan individu yang membawanya ke hospital selepas dilaporkan rebah di lapangan terbang tersebut.

“Sampai hari ni kita masih tak ada lagi jawapan tu. Jawapan dia kata adalah heart attack saja. Tak kisahlah heart attack pun, tapi sekarang ni sebagai kakak dan kawan, I nak tahu masa dia meninggal tu siapa yang bawa dia pergi hospital? Kita nak tahu siapa yang bawa, masa bawa ke hospital tak maklum ke dekat kaunter polis dekat airport tu?

“Itu yang menjadi tanda tanya sampai hari ni. Sebab lepas tiga hari baru kita jumpa dia, itu pun lepas menteri umum. Pagi menteri umum, petang jumpa,” katanya.

Anne berkata demikian ketika ditemui pada majlis ‘Viewing Party’ bagi drama, Luka Di Hujung Setia yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anne menambah bahawa suami Allahyarham iaitu Profesor Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah turut berusaha mendapatkan penjelasan termasuk cuba melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun tidak dibenarkan berbuat demikian atas sebab tertentu.

“Suami dia pun frust lah sebab dia orang pergi sana, pergi airport minta nak tengok CCTV pun tak dapat, tak bagi, tak benarkan. Mungkin dia orang takut nanti orang ingat pergi sana tak selamat, dia orang nak jaga nama negara dia orang kan.

“Tapi kita dekat sini ada hak untuk tanya sebab dah tiga hari baru jumpa. Hari keempat baru dapat jumpa.

“Jadi kita rasa ralat sikitlah dengan sistem dia orang. Kita tak nak ada perbalahan antara Malaysia dengan Jeddah, tapi kena hormatlah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:Lebih 500 Jemaah Solatkan Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma – “Pengakhiran Yang Sempurna & Baik”

Artikel Berkaitan:Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka

Artikel Berkaitan:Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Terdahulu pada 15 Januari lalu, Anne mendapati Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Nadia menaiki penerbangan pada malam sebelumnya menerusi sebuah agensi pelancongan bagi pakej umrah Jeddah-London.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Kes Mahkamah Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Butterfingers Bakal Bagi Kejutan Di Konsert 2 November Depan!

Mari sama-sama gegarkan Stadium Malawati bersama Butterfingers!

Hiburan Thu, 3 May 2018

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Trending Mon, 4 Jan 2021
Hiburan Sun, 4 Aug 2024

Jay Jay Meninggal Dunia

Al Fatihah 🤲🏻

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Lazarul Tersingkir, Empat Protege Mara Ke Pentas Akhir Mentor 7

Empat protege program realiti popular ini iaitu Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul bakal berentap di pentas akhir.

error: Content is protected !!