Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 17, 2026 @ 9:58am

Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

Suami kepada pelakon yang dilaporkan hilang, Nadia Kesuma iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataan “I met strangers” yang tular dimedia sosial baru-baru ini.

Katanya, dia menafikan kekeliruan yang timbul kononnya isterinya itu menerima mesej mencurigakan daripada individu tidak dikenali sekali gus istilah berkenaan telah disalah tafsir oleh segelintir pihak dan tidak membawa maksud negatif seperti yang didakwa.

“Untuk pengetahuan semua, “I Met A Stranger” itu tak betul. Saya tak menerima sebarang mesej sebegitu dari Nadia,” katanya menerusi hnatran di Facebook.

Jelasnya, ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) untuk bertemu jemaah lain di bawah agensi Nuh Travel, Nadia berkongsi pengalaman bahawa umrah kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Dan,  istilah ‘strangers’ yang dimaksudkan merujuk kepada jemaah lain yang baru pertama kali ditemui di KLIA dan bukan individu asing dalam konteks negatif.

“Semasa dalam perjalanan ke tempat pertemuan jemaah-jemaah Nuh Travel yang lain di KLIA, Nadiah share bahawa umrah kali ini berbeza dengan tahun lepas.

“Katanya, tahun lepas dia pergi bersama kawan-kawan, kali ini dengan “strangers”. Saya sampuk, I also went with strangers when I first went to umrah. 2-3 hari jadi kawan.

“So, ‘Strangers’ di sini merujuk kepada jemaah lain yang Nadia bertemu buat kali pertama. Dan dia Nadia memang tak kenal 19 jemaah lain dalam kumpulan itu masa dia jumpa mereka di KLIA,” jelasnya.

Manakala, menerusi hantaran di Threads, anak kepada pelakon itu turut meminta jasa baik seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibunya yang terkahir dikesan berada di Lapangan Terbang Jeddah.

“Assalamualaikum semua, nak minta jasa baik kalian untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Mama.

“Belaiu last dikesan di airport Jeddah. Semoga Mama dapat kemabli ke pangkuan keluarga dengan selamat. Terima kasih orang-orang baik,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Featured Wed, 10 May 2023
Featured Thu, 26 Jun 2025

Amira Othman Dipuji ‘Humble’, Netizen Komen: “Bagus Kak Ya, Rumah Besar Gila, Parking Pun Macam Padang Bola”

Amira berkongsi kepada peminat bahawa kediaman miliknya itu memiliki ruang yang besar sehinggakan membuatnya berasa sunyi.

Featured Thu, 12 Feb 2026

“Kau Jangan Main-Main Dengan Aku” – Farra Inalis Enggan Hidup Bermadu

Farra kelihatan berang apabila menjawab soalan yang diajukan warganet mengenai hidup bermadu.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Adik Nafi Anita Sarawak Cerai, Hidap Kanser

Timbul khabar angin mengatakan beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Fresh Orange Ikat Tepi’ Punya Pasal…

Lagi satu, orang jarang beli fresh orange ikat tepi. Selalu teh ais, milo dan lain-lain. Kru siap tanya saya, ada ke orang pernah buat?

Trending Fri, 14 Aug 2020
Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

error: Content is protected !!