Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 22, 2026 @ 12:31pm

Elak Netizen Dapat ‘Dosa Kering’, Suami Arwah Nadia Kesuma Kongsi Kronologi Kehilangan Isteri

Suami kepada Allahyarham Nadia Kesuma tampil memberikan kronologi kehilangan arwah isterinya sebelum ini susulan pelbagai komen dan fakta mengelirukan tular dimedia sosial.

Katanya menerusi perkongsian di Facebook, tindakannya itu bukanlah untuk membuka aib mana-mana pihak sebaliknya bagi mengelakkan salah faham orang ramai terhadap pemergian isterinya sekali gus mengelakkan fitnah dan ‘dosa kering’.

“Selepas semua urusan selesai, tujuan saya sekarang adalah untuk membetulkan fakta dan teori yang mengelirukan berkaitan kehilangan serta pemergian arwah.

“Saya melakukan ini supaya netizen tidak menanggung dosa kering tanpa menyedari kebenaran, sama ada melalui video, tulisan atau sebarang perkongsian di media sosial,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nadia Kesuma Meninggal Dunia Di Jeddah, Suami & Anak Kongsi Khabar Duka

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Nadia Kesuma Perjelas Salah Faham Kenyataan ‘I Met Strangers’ – “Dia Share Umrah Kali Ini Berbeza…”

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah Nadia Kesuma Bakal Dikebumikan Di Arab Saudi, Suami & Anak Bakal Terbang Ke Jeddah Pagi Ini

Dalam pada itu, dia menegaskan tindaknnya ini adalah untuk memastika keluarganya tidak terpalit dengan isu berbangkit pada masa hadapan.

“And also to ensure my families (termasuk keluarga arwah) tidak terkesan pada masa hadapan. Nevertheless, saya maafkan semua yang mungkin secara sedar atau tidak sedar betutur kata, menulis atau menyebarkan sesuatu yang tidak benar,” kongsinya.

Berkongsi kronologi berhubung berita kehilangan Nadia sebelum ini, Muhammad Kamarul berkata, pihak keluarga telah menerima kesemua barang-barang milik isterinya.

“Kami telah menerima kesemua barang milik arwah. Termasuk dua bagasi yang dikatakan telah sampai di London walaupun arwah ‘masih berada di Jeddah’.

“Fakta, sehari selepas arwah hilang, pihak travel agency menerima email dari lapangan terbang tersebut yang mengatakan kedua-dua bagasi telah didaftarkan (check in) masih berada di sana dan mereka meminta travel agency mengambil kedua-dua bag tersebut. Info tersebut telah disampaikan oleh travel agensi kepada saya melalui panggilan telefon,” jelasnya.

Tidak habis disitu, beliau juga menafikan berhubung mesej mencurigakan yang kononnya terdapat dalam telefon bimbit arwah.

“Kedua-dua telefon bimbit disimpan oleh airport polis dan telah dikembalikan kepada saya. Tidak ada message “I MET A STRANGER” dan hal ini telahpun saya jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di laman Facebook saya.
“Cabin luggage dan sling bag juga dipulangkan oleh pihak aiport Jeddah dan tidak sampai ke London mahupun dibawa keluar dari airport Jeddah.
“Other misleading “facts” and theories akan dikupaskan and dibetulkan from time to time. Sekian, terima kasih,” ujarnya.

Menerusi hantaran berlainan pula, beliau menafikan mengenai gambar tangkap layar yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  kononnya menunjukkan arwah rebah di lapangan tersebut.

Tegasnya, bukti juga tidak wujud buat masa sekarang.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Rakaman CCTV Jadi Bukti Arwah Nadia Kesuma Rebah Di Lapangan Terbang Jeddah

ARTIKEL BERKAITAN:“Sayang Awak Layak Untuk Dapat ‘Rehat’ Ini”- Luahan Pilu Suami Allahyarham Nadia Kesuma

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih 500 Jemaah Solatkan Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma – “Pengakhiran Yang Sempurna & Baik”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tidak Salahkan Sesiapa, Allah Pilih Bumi Anbiya Sebagai Tempat Terakhirnya” – Suami Allahyarham Nadia Kesuma

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Jun 2023

Dikritik Seksi, Kasih Iris Leona Luah Rasa Kecewa – “Tubuh Saya, Pilihan Saya! Tak Ada Kena Mengena Langsung Dengan…”

Kalau b*ah d*da Saya kecil, saya 100% yakin semua orang tak akan kisah mengenai penampilan saya – Kasih Iris Leona

Cahaya Mata Thu, 14 Jul 2022

“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Alahai, beruntungnya Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sayang macam anak sendiri.. Alhamdulillah, ini pun salah satu rezeki indah juga kan 🥺🥰

Trending Thu, 19 Mar 2020

Covid-19 : Akhirnya! Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali Dan Iran Dibawa Pulang Ahad Ini

Diharap semoga perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air berjalan dengan lancar

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Dah Puas Menyanyi Ara Johari Nak Jadi Pelakon Pula

Agak-agak watak macam mana yang Ara sesuai lakonkan eh?

Trending Fri, 14 Nov 2025

REV Media Group Lebarkan Dominasi Digital Dengan Penguasaan Penuh The Vocket

Langkah strategik ini dijangka mengukuhkan lagi kekuatan REV Media Group dalam pasaran digital berbahasa Melayu

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Sat, 2 May 2020

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Buat yang bakal menduduki peperiksaan..

error: Content is protected !!