Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 14, 2023 @ 7:36pm

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Penyanyi, Syura Badron telah selamat melahirkan putera lelaki pada hari Isnin, 13 Mac 2023 bertempat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Berita gembira tersebut dimuat naik oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka sebentar tadi.

“Syukur Alhamdulillah.. Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam.

“Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.. Terima kasih di atas segala doa yang tak hentio-henti dari semua..

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini..” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, pasangan sejoli ini turut mendedahkan nama anak lelaki mereka di akhir kapsyen tersebut.

“Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan kata tahniah atas kelahiran putera mereka.

Sekadar info, Syura berkahwin dengan pilihan hatinya, Farizat pada 22 Januari tahun lalu.

Sebelum ini, Syura pernah berkahwin Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Lepas Cili Jeruk, Ayu OIAM Sibuk Jual Sambal Terung Pula!

Jom serbu booth Ayu di MAEPS, Serdang pada 24-26 Mei nanti okay!

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Hiburan Wed, 16 Oct 2024

Mimpi Itu Percuma, Ini Harapan 5 Finalist XTRA XSTAR!

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Events Fri, 31 Aug 2018

#daiTV3 : Siapakah Dai’ Yang Bakal Meneruskan Perjalanan Dakwah Pada Kali Ini?

Minggu ke-7menyaksikan Dai Imran dipuji kerana kepetahan dan tajuk perbahasannya yang dianggap sebagai luar biasa, adakah kali ini para peserta pendakwah nusantara kita bakal memberi saingan sengit sesama mereka?

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Trending Fri, 28 Feb 2020
error: Content is protected !!