Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar May 20, 2020 @ 10:30am

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri ini, jenama kecantikan terkenal dari Korea Selatan, Mamonde mengorak langkah melebarkan sayap dalam kalangan pengguna Muslim apabila bekerjasama dengan jenama fesyen Muslimah tempatan, Umma.

Menerusi kerjasama itu, pelanggan bakal berpeluang menikmati pelbagai tawaran dan promosi menarik Mamonde dan Umma sepanjang tempoh kempen dari 8 Mei lalu hingga 30 Jun 2020.

Pengurus Negara Amorepacific Malaysia, Margaret Chin, berkata Mamonde yang diedarkan oleh Amorepacific Malaysia mempunyai 11 produk yang disahkan halal khususnya rangkaian Mamonde Ceramide yang paling menonjol sepanjang kempen berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama dengan Umma diharap dapat memperkukuhkan kedudukan jenama itu sebagai pilihan produk kecantikan untuk Muslimah di negara ini.

“Rangkaian Mamonde Ceramide mengandungi kombinasi sempurna daripada ekstrak lembapan Hibiscus dan Ceramide untuk membantu menguatkan penghalang luaran kulit dengan menahan kelembapan dekat dengan kulit menjadikannya sesuai untuk kulit kering dan ternyahhirat.

“Apabila digunakan, kulit akan terasa segar dan lembap tanpa meninggalkan sisa-sisa yang melekit. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk wanita Muslim terutama pada Ramadan ketika pengambilan air agak terhad pada waktu siang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Rangkaian produk Mamonde Ceramide yang mempunyai Sijil Halal mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Antara 11 produk Mamonde yang mempunyai Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan boleh didapati sempena kempen itu ialah Ceramide Skin Softener, Ceramide Intense Cream, Ceramide Emulsion, Ceramide Light Cream, Pore Clean Stick, Floral Hydro Ampoule Toner, Floral Hydro Cream, Floral Hydro Emulsion, Rose Water Toner, Rose Water Gel Cream, dan juga Rose Water Soothing Gel.

Bersempena dengan kempen UmmaMamonde itu, pelanggan yang membeli produk Umma pada harga biasa di kedai terpilih Umma iaitu Umma.my dan Umma Aeon Shah Alam dengan pembelian minimum RM100 akan berpeluang menerima pelbagai tawaran istimewa.

Antaranya, satu kali potongan 20 peratus boleh ditebus melalui kod promo UmmaMamonde untuk pelanggan Mamonde yang berbelanja dengan Umma dan baucar diskaun Mamonde bernilai RM15 dengan setiap pembelian minimum RM150 dalam satu transaksi apabila membeli-belah di kedai Watsons atau Watsons Online.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi set hadiah percuma Mamonde Ceramide yang mengandungi empat unit produk iaitu Ceramide Skin Softener (25ml), Ceramide Emulsion (25ml), Ceramide Light Cream (15ml) dan Ceramide Intense Cream (15ml) bernilai RM110.

Tudung bawal

Sementara itu, Pengasas Umma, Zairin Azman, berkata kerjasama antara Umma dengan jenama kecantikan antarabangsa itu bertepatan dengan imej kedua-dua jenama yang mementingkan mutu dan kesucian.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mamonde kerana produknya yang mesra solat membantu menambah nilai dan juga mencerminkan standard kekuatan, kecantikan, keberanian, kebebasan serta kemerdekaan wanita Umma.

“Setiap rekaan Umma dihasilkan berdasarkan keperluan untuk pakaian yang selesa, versatil, bergaya, tanpa menjejaskan kesopanan dan dapat dimiliki pada harga yang berpatutan,” katanya.

Sebagai tambahan kepada tawaran dan promosi itu, orang ramai juga boleh menyertai peraduan media sosial yang dibawakan oleh UmmaXMamonde dari 8 hingga 22 Mei 2020.

Seramai enam pemenang akan dipilih dan setiap seorang akan menerima satu set hadiah bernilai lebih RM200 yang mengandungi Mamonde Intense Cream Set dan Selendang Bawal Halili daripada Umma.

Ikuti langkah mudah yang disediakan dalam media sosial kedua-dua jenama dan jadilah antara enam pemenang bertuah untuk memenangi hadiah menerusi Mamonde dan Umma! 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan itu, boleh melayari media sosial @Mamondemy, @MamondeMalaysia, @umma.my dan @umma.malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jul 2019
Featured Thu, 3 Mar 2022
Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Wed, 14 May 2025

Kongsi Foto Graduasi Bersama Bapa, Ketampanan Anak Aziz M Osman Curi Perhatian – “Handsome Produk Abang Aziz”

Perkongsian itu mula tular selepas Putera berkongsi foto graduasi miliknya.

Featured Tue, 23 Nov 2021

Park Shin Hye Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Choi Tae Joon

Pelakon Park Shin Hye dan teman lelakinya yang juga pelakon Choi Tae Joon, akan berkahwin pada Januari tahun depan. Agensi pengurusan Park Shin Hye, SALT Entertainment mengumumkan berita itu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di […]

Featured Sat, 8 Nov 2025

“Kalau Saya Tak Senyum Orang Ingat Saya Sombong” – Anna Jobling

Anna Jobling menepis dakwaan segelintir warganet yang mengatakan dirinya sombong.

Eat Travel Thu, 19 Jul 2018
Featured Wed, 31 May 2023
Featured Thu, 13 Nov 2025

“Nilai Kemanusiaan Bukan Datang Dari Perkara Yang Besar Tapi…” – Fiza Sabjahan Sebak Kilang Roti Sediakan Makanan Buat Pekerja

Kata Fiza, apa yang dilihat di sana bukan sekadar tentang operasi pengeluaran makanan, tetapi nilai kemanusiaan.

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang […]

error: Content is protected !!