Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2025 @ 10:48am

“Kalau Saya Tak Senyum Orang Ingat Saya Sombong” – Anna Jobling

Pelakon jelita, Anna Jobling menepis dakwaan segelintir warganet yang mengatakan dirinya sombong dek kerana memiliki raut wajah yang serius.

Kata Anna atau nama lengkapnya,  Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, persepsi tersebut timbul mungkin disebabkan reaksi wajahnya yang jarang tersenyum ketika berada di khalayak.

“Mereka kata saya ada muka hantu tapi saya anggap itu sebagai pujian. Kadang-kadang bila saya tak senyum orang ingat saya sombong.

“Tapi sebenarnya tidak, mungkin sebab reaksi muka saya. Kalau jumpa saya, tegur sajalah saya okay sebenarnya” katanya kepada XTRA.

Berkongsi lanjut tentang kerjayanya yang semakin berkembang di Indonesia, Anna mengakui jadual yang padat membuatkan dia sukar mencari masa untuk berehat meskipun kadangkala terdetik untuk berbuat demikian.

“Kadang-kadang selepas habis satu naskhah, kononnya nak rehat tapi tiba-tiba dapat tawaran yang menarik.

“Rasa sayang nak lepaskan, jadi rehat pun tangguh dulu. Saya pun masih muda dan ada tenaga, jadi ambil saja kerja,” jelasnya.

Anna berkata demikian ketika ditemui usai Tayangan Perdana drama Viu berjudul, Saat Aku Tahu yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Dalam pada itu, Anna yang giat melebarkan sayapnya dalam industri hiburan serantau turut mengakui pernah berdepan tekanan serta keletihan, namun sentiasa mengingatkan diri agar terus bersyukur.

“Pernah juga terbawa emosi di luar set tapi saya ingatkan diri walaupun penat dan rasa nak mengeluh, tetap kena bersyukur.

“Walaupun ada yang cakap kenapa saya dapat ini, kenapa muka saya saja, itu semua rezeki saya. “Saya tak pernah persoalkan atau dengki dengan rezeki orang lain sebab saya percaya rezeki saya tetap milik saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Anna pernah membintangi dua filem seram berjudul Sukma dan Lembayung, dan kini sedang dalam perancangan untuk muncul dengan projek terbaharu di Indonesia tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Dec 2023

Naluri Seorang Bapa, Sharnaaz Ahmad Terkesan Kematian Zayn Rayyan… Mohon Kes Disiasat Secara Teliti – “Bukan Nak Salahkan Takdir Tapi…”

Yelah, bayangkan kita kat tempat keluarga mangsa. Apa agaknya perasaan anak kecil macam tu mati dibunuh💔

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Tak dapat nak membayangkan bagaimana gemilangnya majlis perkahwinan Eizlan Yusof hujung minggu ini. Rasa macam dalam mimpi pulak!

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Former PRISTIN Member Kyla to Spill Tea in A YouTube Video

Get you tea cups ready, it’s tea spilling sesh!

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Awal, Scha Menang Saman RM345,305

Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan. Jadi, pada usia sekarang Awal tidak mahu lagi dipijak.

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

BIGBANG大成自愿从军「3月13日闪电入伍」

BIGBANG队长G-Dragon(GD)于上月27日赴「白骨部队」展开军旅生涯后,成员太阳也预计在12日入伍。不过5日传出最新消息,主唱大成也将在13日高唱从军乐,只比太阳晚了一天。而当大声入伍后,BIGBANG五人中将有四人服役,仅剩「老幺」胜利单打独斗。

Featured Thu, 29 Sep 2022

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Fazura kongsi kejadian semasa bawa anak-anak kecil dan autistik naik kapal terbang, tapi lain yang jadi… 🥺

error: Content is protected !!