Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin April 25, 2025 @ 3:01pm

Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran Produksi UTV Usanita Entertainment, Tampil Hael Husaini & Nadeera Dalam 2 Persembahan Mega

Usanita Sdn Bhd melalui cabang hiburannya, Usanita Entertainment, terus memperkukuh kedudukan dalam industri hiburan digital dengan melancarkan UTV, sebuah platform penstriman (OTT) baharu yang menyasarkan penonton tempatan dan serantau.

Dijangka dilancarkan secara rasmi pada hujung Mei ini, UTV tampil dengan tagline “Stream For You”, menawarkan pengalaman hiburan bersifat peribadi, inklusif dan menyentuh emosi, selaras dengan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Lantikan Erma Fatima

Sebagai menjamin kualiti produksi, Usanita Entertainment turut melantik pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima, sebagai Penasihat Saluran (Channel Advisor) bagi memastikan kandungan yang dihasilkan menepati standard tertinggi dan mampu bersaing di peringkat global.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, UTV diwujudkan sebagai pentas digital yang membuka peluang kepada penggiat seni dan pencipta kandungan tempatan untuk berkembang serta mempersembahkan karya mereka kepada khalayak yang lebih luas.

“UTV dan Rumah Karya Citra adalah rakan strategik jadi segala pembikinan dan apa jua yang melibatkan hiburan terutamanya dalam pengkhususan telemovie dan filem ia adalah rakan strategik saya.

“Dan dengan penghasilan cerita-cerita yang saya rasa tak pelru lagi kita beritahu tontonannya luar biasa maka sudah terbukti dengan cerita yang kak Erma buat baru-baru ini dan saya rasa ini platform yang terbaik dan kolaborasi yang baik kerana naskhahnya juga tidak perlu saya pertikaikan dengan hasil yang Erma lakukan.

“Jadi ini adalah yang terbaik dan masa yang sesuai untuk Usanita Entertainment dan Erma dan Rumah Karya Citra,” katanya.

Malah, drama permulaan untuk UTV Entertainment ini akan menampilkan drama lakonan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah berjudul  ‘Aku Cinta Dia’ .

“Idea penubuhan UTV tercetus daripada keperluan terhadap kandungan tempatan yang berani, asli dan menyentuh emosi.

“Malaysia kaya dengan bakat dan kisah inspiratif yang bukan sahaja dekat dengan hati penonton tempatan, malah mampu menembusi pasaran serantau. UTV bukan sekadar menayangkan kandungan, malah mendidik, menyatukan dan memperkasakan suara rakyat, khususnya wanita dalam hiburan digital,” jelasnya.

Dalam pada itu, Erma berkata, dia bersyukur dengan lantikan yang diterima apatah lagi dengan kerjasama Usanita Entertainment.

“Alhamdulillah, syukur alhamdulillah. Sebuah lagi penerbit akan memeriahkan lagi industri perfileman negara dan dengan matlamat yang sama makanya saya dengan Usanita bergabung untuk mencapai matlamat perjuangan untuk industri seni dan orang seni itu khususnya.

“Dan mungkin tak perlu saya jelaskan lagi apakah perjuangan itu kena tunggu bulan Mei nanti dan pastinya kita sudah perancangan untuk keluarkan telemovie dan juga filem,” ulasnya.

UTV bakal menampilkan pelbagai kandungan premium termasuk drama bersiri, telefilem, filem asli, dokumentari, bual bicara serta program gaya hidup dan belia – semuanya dirangka agar sesuai dengan citarasa generasi digital masa kini.

Tampil dua persembahan mega

Dalam pada itu, Usanita Entertainment turut mengumumkan dua persembahan eksklusif hasil kerjasama dengan Mask Team, yang akan berlangsung di NERO Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC):

  • An Evening With Nadeera Zaini – 30 Mei 2025 (Jumaat)

  • Hael Husaini Antonim Night – 31 Mei 2025 (Sabtu)

Kedua-dua acara bermula pada jam 8:30 malam hingga 10:30 malam yang pastinya menjanjikan persembahan penuh emosi dan keistimewaan oleh dua nama besar dalam industri muzik tempatan.

Adzliana turut menyatakan bahawa penganjuran persembahan ini merupakan satu langkah memperkukuh hubungan antara artis dan peminat.

“Persembahan eksklusif ini memberi ruang kepada artis untuk menampilkan karya dalam suasana lebih intim, dan sebagai tanda penghargaan kepada para peminat.

Kami yakin Nadeera dan Hael mampu memberikan pengalaman yang memukau, sejajar dengan misi kami untuk meraikan seni tempatan yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

Dua pengumuman penting ini disampaikan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Usanita Sdn Bhd yang berlangsung meriah di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri selebriti popular seperti Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Nora Danish, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Erma Fatima, Zoey Rahman, Datuk Rossa, Nadeera, Hael Husaini, dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Dengar cerita macam lagi mencabar je musim kedua ni! Wajib tengok 🤩

Trending Tue, 7 Aug 2018

Watch Jho Low’s Sailboat Equanimity Arrive in Port Klang Live

The boat is being seized in conjunction with the 1MDB scandal.

Events Thu, 24 Oct 2019

陶晶莹来马开唱差点跟老公闹离婚?自称是大马天后

出道29年的陶晶莹去年底在台北首次举办大型售票演唱会,深受各界好评;而事隔20年她宁愿舍弃《金马奖》也要来马开唱,更自爆为大马场差点跟老公闹离婚!

Eat Travel Sat, 16 May 2020

‘Laut terbelah’ tarikan terbaharu Langkawi dan ia hanya berlaku pada bulan ini sahaja

Rasai berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir

Events Thu, 24 Nov 2022

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ‘Anugerah K-pop No. 1 Dunia’ iaitu MAMA Awards 2022. Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung […]

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Hazama Terkejut Dapat Watak ‘Aneh’ Dalam Filem Tiada Tajuk

Pada awalnya memang sukar tetapi Mawi sebagai pengarah, dia banyak membantu.

error: Content is protected !!