Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal November 24, 2022 @ 8:26pm

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ‘Anugerah K-pop No. 1 Dunia’ iaitu MAMA Awards 2022.

Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung melalui platform penstriman Media Prima iaitu Tonton pada jam 3 petang waktu Malaysia.

Anugerah berprestij, MAMA Awards akan diadakan di Kyocera Dome Osaka, Jepun. Bukan itu sahaja, penonton akan disajikan dengan persembahan-persembahan hebat dari barisan artis yang cukup terkenal sepanjang anugerah itu berlangsung.

Berikut adalah sedikit latar belakang barisan selebriti yang akan tampil melakukan persembahan pada acara yang akan berlangsung nanti:

 

  • Stray Kid

Kredit gambar: Kpop Wiki – Fandom

https://kpop.fandom.com/wiki/Stray_Kids 

Kumpulan ini menampilkan Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin dan I.N. Stray Kids ditubuhkan pada tahun 2017 oleh JYP Entertainment.

 

  •   HYOLYN

Kredit gambar: NME

https://www.nme.com/en_asia/news/music/hyolyn-new-single-to-find-a-reason-music-video-release-date-2988564

Penyanyi solo HYOLYN atau nama sebenar Kim Hyo-jung adalah bekas kumpulan gadis Sistar pada mulanya. Pada tahun 2017, bintang ini mula bergerak solo dan berjaya dalam kariernya.

 

  • BIBI

 

Kredit gambar: Kpop-Track

https://www.kpop-track.com/en/act/bibi/ 

Bibi memulakan kerjayanya apabila ikon rap Korea Selatan, Yoon Mi-rae mengesan bakat nyanyiannya dan hasilnya Bibi telah menjadi artis rakaman di bawah Feel Ghood Music.

 

  • Forestella

Kredit gambar: KPOPINFO114

https://kpopinfo114.wordpress.com/male_artist_profiles/f/forestella-profile/ 

Forestella terbentuk menerusi satu pertandingan nyanyian iaitu Phantom Singer 2. Kumpulan muzik ini dengan rasminya memasuki industri pada 2018 dengan album berjudul Evolution.

 

  • TREASURE

Kredit gambar: Forbes

https://www.forbes.com/sites/hughmcintyre/2022/02/23/treasure-scores-their-fourth-no-1-album-in-korea-with-the-second-step-chapter-one/

Kumpulan ini ditubuhkan pada 2019 dan ahlinya terdiri daripada Choi Hyun-suk, Jihoon, Yoshi, Junkyu, Yoon Jae-hyuk, Asahi, Doyoung, Haruto, Park Jeong-woo dan So Jung-hwan. Kumpulan ini membina nama melalui program realiti-ikhitiar hidup berjudul YG Treasure Box.

 

  • ENHYPEN

Kredit gambar: Forbes

https://www.forbes.com/sites/jeffbenjamin/2021/07/22/enhypen-reflect-on-global-success-future-goals–creating-music-that-everyone-can-relate-to/ 

Belift Lab adalah figura pertama yang mewujudkan kumpulan ini. Enhypen memiliki 7 orang ahli iaitu Heeseung, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo, Jungwon dan Ni-ki.

 

  • IVE

Kredit gambar: Koreaboo

https://www.koreaboo.com/news/ive-kpop-girl-group-just-became-second-ever-reach-huge-hanteo-milestone/ 

Memulakan debut dengan album berjudul Eleven, kumpulan ini ditubuhkan oleh Starship Entertainment dan terdiri daripada Yujin, Gaeul, Rei, Wonyoung, Liz dan Leeseo.

 

  • NewJeans

 

Kredit gambar: Korea Times

https://www.koreatimes.co.kr/www/art/2022/08/732_334455.html 

Ditubuhkan oleh anak syarikat Hybe Corporation  iaitu ADOR, NewJeans terdiri daripada lima ahli iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein.

 

PENGUMUMAN PENTING:

Kredit gambar: NME

https://www.nme.com/en_asia/news/music/bts-j-hope-solo-single-more-release-date-details-music-video-3257591 

Telah disahkan, salah seorang ahli kumpulan K-pop hangat BTS iaitu J-Hope akan bersama-sama melakukan persembahan pada majlis anugerah itu nanti.

Oleh itu, buat peminat-peminat selebriti korea selatan, pastikan ada semua tidak terlepas sebarang aksi menarik sepanjang anugerah ini berlangsung. Saksikan MAMA Awards 2022 pada 29 November dan 30 November ini secara langsung menerusi laman web www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton bermula dari jam 3 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!

Trending Mon, 28 Dec 2020
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

范文芳亏老公跌伤像美人鱼?李铭顺大吃儿子的醋

相隔了14年再度合作的「明星夫妻档」李铭顺和范文芳,在全新电视剧《入侵者》饰演夫妻;早前因拍摄跌伤膝盖的李铭顺,让范文芳亏老公受伤趴地姿势像美人鱼,使得李铭顺吃醋笑指“她有多一个情人,所以我不重要!”

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

error: Content is protected !!