Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 2, 2024 @ 6:26pm

Kes Saman Fitnah: Haris Embong Tak Serik Bantu Orang, Terbuka Jika Rafidah Ibrahim Ajak Bersemuka

Tidak terdetik rasa kesal dan serik dalam hati usahawan Datuk Haris Embong apabila dia menawarkan pekerjaan kepada pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim ketika pasca pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.

Memberi tawaran pekerjaan kepada Rafidah sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di syarikat miliknya, Haris yang juga merupakan pengarah dan penerbit mengenali penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang itu dalam satu pertemuan keusahawanan pada 2021.

Menurut Haris, pelakon itu menawarkan diri untuk bekerja di syarikatnya, Arisprop Holdings San Bhd.

“Saya mengenalinya di sebuah majlis keusahawanan pada Mac 2021. Selepas mengenali saya, dia menyatakan hasrat untuk bekerja dengan saya.

“Saya maklumkan syarikat tidak mengambil pekerja susulan pandemik Covid-19. Namun, saya bersetuju untuk mengambilnya sebagai Ketua Pegawai Pemasaran.

“Dia mula bekerja pada Jun 2021, namun khidmat ditamatkan pada 26 Ogos 2021 atas persetujuan bersama.

“Kalau nak cakap kesal saya secara peribadi suka membantu orang. Pengalaman itu adalah satu pengajaran buat saya. Apa yang berlaku tidak akan membuatkan saya berhenti untuk membantu orang.

“Dalam syarikat sendiri pun, ada program khas untuk membantu usahawan dan golongan asnaf. Saya tak nak disebabkan perkara begini memberi kesan buruk kepada saya dan syarikat untuk menolong orang lain,” katanya kepada XTRA.

Haris berkata demikian ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di RE Kitchen di Wisma Infinitum, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Hadir sama, peguam korporat kumpulan syarikat berkenaan iaitu Datuk Mohd Hifdzi Hamzah dari Tetuan Hifdzi Kee Hanisah & Co; ahli Lembaga Pengarah Arisprop Holdings, Ismail Taib dan peguam yang menguruskan kes saman fitnah, Foo Hong Chuen mewakili Tetuan Izral Partnership.

Tambah Haris, dia tiada masalah untuk bersemuka dengan Rafidah sebelum ini dan dia juga sedia bertemu dengan penyanyi itu selepas keputusan penghakiman.

“Saya tak ada masalah jika dia mahu berjumpa dengan saya untuk selesaikan perkara baik sebelum ini. Malah, sewaktu dia memuat naik hantaran berunsur fitnah di media sosial sebelum ini, saya sudah cuba menghubungi berulang kali dan saya turut menghantar mesej kepadanya.

“Namun begitu, jawapan yang saya terima mengecewakan apabila dia meminta saya menunggu maklum balas pihak peguamnya pula.

“Selepas keputusan penghakiman pun, saya terbuka dan tiada masalah untuk bersemuka. Sebagai seorang Islam memaafkan itu adalah satu perkara yang disarankan oleh agama kita,” katanya.

Pada 31 Julai lalu, Mahkamah Tinggi, di sini, memerintahkan pelakon Rafidah Ibrahim membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Haris dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd berhubung hantaran fitnah yang dibuat di akaun media sosialnya pada 2021.

Keputusan itu dibuat Hakim Dr Mohd Johan Lee @ John Lee Kien How selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Datuk Haris Embong, 47, selaku plaintif pertama manakala syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan sejuk beku sebagai plaintif kedua.

Rafidah turut dikenakan faedah lima peratus setahun bermula penghakiman sehingga selesai membuat pembayaran ganti rugi itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Isteri Aril Pilus Hilang Banyak Darah & Terpaksa Buang Rahim

Semoga diberikan kesembuhan buat isteri Aril yang kini berada di ICU

Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Trending Tue, 31 Jul 2018
Trending Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Pintar Bermain Piano, Gelagat Uwais Anak Shuib Sepahtu Curi Tumpuan – “Dari Rupa Bawa Ke Suara, Persis Sangat Ibunya!”

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Uwais Al Qarni sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdiknya itu. Baru-baru ini, Shuib berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan Uwais […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Tue, 17 Apr 2018

Terlebih Lena Dalam Teksi, Polis Terpaksa Kejut Penumpang ‘Tidur Mati’!

Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumahnya. 

error: Content is protected !!