Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 12, 2024 @ 6:00pm

Yaana Lee Dapat Panggilan Saat Akhir Tunai Haji, Alahan Juga Terus Hilang – “Dia Panggil Tepat Pada Masanya, Saat Mental & Emosi Lemah”

Usahawan tempatan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee memaklumkan dia dan suami bakal mengerjakan ibadah haji.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yaana mengakui pada awalnya berat hati untuk menerima tawaran saat terakhir untuk menunaikan rukun Islam ke-lima itu kerana mengalami alahan.

“Ya Allah, maafkan hati yang kadang kurang yakin, padahal semuanya telah engkau jamin.

“Awal-awal berat hati nak sahut panggilan haji ni sebab fikir masih alahan. Tapi bila dapat tahu visa lulus, alahan hilang terus!

“Panggilan last minute yang sangat bermakna. Dia panggil tepat pada masanya, saat hati mental emosi tengah lemah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Yaana yang kini hamil empat bulan itu menyifatkan panggilan Agung itu adalah hikmah disebalik ujian yang dihadapinya kini.

“Allah maha baik. Dalam pada dia bagi ujian berat yang tak mampu untuk ditanggung, tapi sebenarnya Dia selitkan 1001 hikmah dari ujian itu.

“Saya mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan khilaf dari saya sengaja atau tak sengaja sepanjang kita kenal.

“Saya juga mohon doa dari sahabat semua, mohon doakan semoga perjalanan haji kami dipermudahkan , dimakbulkan semua doa doa , kandungan dipelihara Allah , balik dengan hati yang tenang , dan mendapat haji mabrur,” tutupnya.

Dalam perkongsian tersebut, Yaana berkongsi foto dia bersama suami di lapangan terbang.

Terdahulu, Yaana pernah tular apabila mendakwa suaminya yang juga usahawan sering mengikuti wanita-wanita seksi di media sosial.

Malah, usahawan wanita itu turut mendedahkan dia juga tidak mengikuti akaun IG suaminya selama empat tahun gara-gara perbuatan suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setelah Berbulan Dianiaya Emosi, Mental & Perasaan… Aku Belajar Berdamai” – Yaana Lee

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan Dakwa Suami Suka Tengok & Follow Perempuan Seksi Di IG, Sabar Hadapi Walau Sedang Hamil – “Bini Kau Simpan Kat Rumah Buat Apa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut Trend Sampah, Netizen Kritik Tindakan Jenama Pakaian Muslimah ‘Censored’ Wajah Marissa Dania – “Dia Jadi Isteri Kedua… Bukan Ditangkap Khalwat”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Apr 2018

Polis Terima Laporan Mangsa ‘Samseng’ Sekolah

Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini…Jangan buat andaian bukan-bukan ya lepasni!

Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Thu, 4 Apr 2019

‘Jika Filem Itu Gagal, Saya Rasa Bersalah’- Wan Hanafi Su Mohon Penonton Malaysia Ubah Mentaliti

Pelakon Wan Hanafi Su adakala berasa ‘ralat’ apabila terlibat dengan sebuah filem yang jalan ceritanya baik namun gagal mendapat sambutan di pawagam. Namun begitu, pelakon berusia tahun tidak terkejut memandangkan rata-rata penonton filem tempatan hanya […]

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Cempedak Punya Pasal, Umie Aida Dikejarkan Ke Hospital

Terdahulu, video berdurasi 17 saat yang dimuat naik Umie di Instagram memaparkan suaminya menggendong turun dari tangga masuk ke dalam kereta tular di media sosial.

Trending Mon, 11 Jun 2018

Gempar! Kubur Dipenuhi Ular Berbisa Walaupun Arwah Seorang Dermawan

Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak2 untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya.tak kesampaian tok…Dia dah dipanggil Allah,”

Featured Wed, 3 May 2023
Fab Foodies! Mon, 26 Nov 2018

Purchase Some Delicious Desserts and Help Make a Child’s Wish Come True

It’s under Hilton’s “When You Wish Upon A Star” campaign.

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Video Hari Terakhir Mila Di Makkah Buat Netizen Sebak

Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita datang…

error: Content is protected !!