Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 4, 2019 @ 11:12am

‘Jika Filem Itu Gagal, Saya Rasa Bersalah’- Wan Hanafi Su Mohon Penonton Malaysia Ubah Mentaliti

Pelakon Wan Hanafi Su adakala berasa ‘ralat’ apabila terlibat dengan sebuah filem yang jalan ceritanya baik namun gagal mendapat sambutan di pawagam.

Namun begitu, pelakon berusia tahun tidak terkejut memandangkan rata-rata penonton filem tempatan hanya ke pawagam untuk melihat pelakon kegemaran mereka di layar skrin.

“ Kadang-kadang saya terfikir, kenapa sebuah filem yang kandungannya baik, pengarah hebat, produksi mantap tetapi gagal pecah panggung.

“ Orang lain keluar duit tetapi sekiranya filem itu gagal kutip pulangan, sudah tentu rasa bersalah kerana saya sebahagian daripada produksi,” katanya kepada XTRA.

Menurut beliau, sebilangan besar penonton di Malaysia gemar menonton filem dengan jalan cerita cliche asalkan pelakon kegemaran mereka tampil di skrin.

“ Saya sedar tentang hal ini dan saya selalu berkata pada pengarah filem yang terkesan itu, bukan salah anda dan produksi. Ini salah mentaliti orang Malaysia yang mana tahap apresiasinya terhadap filem tempatan masih menghampakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Hanafi bakal tampil dalam filem ‘Bu Kasih Suci’ yang diarahkan oleh Jeany Amir.

Filem bertemakan kekeluargaan yang menampilkan pelakon hebat seperti Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa dan ramai lagi bakal berada di seluruh pawagam negara bermula 11 April ini.

Wartawan: Azroy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Rahsiakan Penceraian, Sam Bunkface Mohon Maaf

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan berkomunikasi bagi urusan anak.

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

Scha Alyahya Nafi Jenama ‘Ayaaya’ Ditaja Pihak Tertentu

Scha Alyahya dedah Ayaaya dibina hasil usaha sendiri

Hiburan Wed, 16 Oct 2024

Usaha Farid Kamil Pertahankan Rumah Tangga Wajar Dicontohi Para Suami? Tuan Badan Respons – “Kembali Kepada Agama Saja”

Usaha Farid Kamil nak selamatkan rumah tangga dengan Diana Danielle memang patut dipuji kan 🫡

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Events Tue, 7 Jan 2020
error: Content is protected !!