Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 20, 2019 @ 12:49pm

Rahsiakan Penceraian, Sam Bunkface Mohon Maaf

Penyanyi Sam dari kumpulan Bunkface memohon maaf kerana menyimpan berita penceraian selama beberapa bulan daripada orang ramai.

Menerusi laman Instagramnya, Sam mengesahkan sudah bercerai sejak Januari lalu di hadapan hakim Mahkamah Syariah.

“Salam, saya di sini Sam ingin mengesahkan bahawa pada Januari lepas Sam dan Aida telah memfailkan penceraian perkahwinan kami di hadapan hakim Mahkamah Syariah.

“Perkahwinan kami yang bertahan selama 4 tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing-masing.

“Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam, dan juga demi perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida,” tulisnya.

Tambah Sam, meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan berkomunikasi bagi urusan anak.

“Walaupun kini kami tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan Sam dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga Maleeq.

“Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini.

“Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan di bumi Allah ini. Assalamualaikum,” tulisnya lagi.

 
 
 
View this post on Instagram

Salam, disini Sam ingin mengesahkan bahawa pada Januari lepas Sam dan Aida telah memfailkan penceraian perkahwinan kami di hadapan hakim Mahkamah Syariah . Perkahwinan kami yang bertahan selama 4 tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing masing. . Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam, dan juga demi menjaga perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida. . Walaupun kini kami tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan Sam dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga Maleeq. . Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini. Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan dibumi Allah ini. Assalamualaikum.

A post shared by Shamsul Annuar (@sambunkface) on

Semalam, bekas isterinya, Aida mengaku sudah bercerai sejak Januari lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Berlepas Ke Tanah Suci Pagi Tadi, Zaquan Adha Mohon Doa Peminat

Semoga semuanya berjalan lancar, Aminn.

Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Featured Tue, 5 Apr 2022
Contest Tue, 6 Aug 2019

Dapatkan Klu Dan Menang RM2000 Dalam #ICSYVMY #SuaraSiapaTu

Jangan lepaskan peluang korang untuk bawa balik wang tunai dari kami!

error: Content is protected !!