Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2025 @ 8:48am

Selepas Menang Famili Duo 4, Shiha & Ieda Zikir Muncul Dengan Lagu Raya… Labur Ratusan Ribu Ringgit Demi Muzik Video ‘Tum Tum Raya’

Juara Famili Duo 4, Shiha dan Ieda Zikir muncul dengan single raya yang berjudul Tum Tum Raya.

Menjelaskan sebab mereka memilih lagu raya terlebih dahulu berbanding single biasa selepas kejuaraan mereka dalam program realiti terbabit, Shiha mengaku dia cerewet dalam memilih naskhah.

Cerewet pilih lagu

“Sejujurnya, saya cerewet. Selepas kami menang Famili Duo, saya sendiri sedang mencari lagu duet yang sesuai untuk dinyanyikan bersama kakak.

“Saya dah dapat beberapa lagu demo tetapi ada perkara yang harus saya perhalusi dan tambah. Kebetulan, saya dapat lagu raya ini dan saya tanya Ieda, okay ke kalau kita berduet dulu lagu raya?

“Pada awalnya, saya risaukan Ieda, saya takut kerana konsep lagu Tum Tum Raya catchy dan takut kakak saya tak selesa. Akhirnya, segala urusan untuk lagu raya ini dipermudahkan dan terhasillah Tum Tum Raya,” katanya.

Dalam pada itu, Ieda juga mendedahkan ramai yang bertanya mengenai projek mereka sebagai dua beradik selepas kejuaraan Famili Duo 4.

Ramai bertanya projek baharu selepas menang Famili Duo 4.

“Sebenarnya, memang ramai bertanya saya, apakah projek seterusnya untuk kami. Boleh dikatakan hari-hari peminat tanya saya.

“Jadi, saya rasakan Tum Tum Raya menjadi projek permulaan kami berdua dan Insya-Allah, akan banyak lagi karya duet kami selepas ini. Doakam agar semua dipermudahkan,” kata Ieda.

Juara Famili Duo 4 itu berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Tum Tum Raya yang berlangsung di RedBox The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penghasilan muzik video (MV) dan kempen lagu Tum Tum Raya, Shiha sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan kualiti terbaik.

Walaupun tidak mendedahkan jumlah sebenar kos keseluruhan, lagu yang menampilkan kolaborasi dua beradik ini turut menerima sokongan daripada pihak penaja iaitu Giant Malaysia, Kimball Malaysia dan Shoon Fatt.

Muzik video termahal pernah Shiha Zikir hasilkan

“Ini antara muzik video termahal yang pernah dihasilkan. Saya tidak mahu kongsikan kosnya berapa, tapi ia antara paling tinggi.

“Apa pun, saya berpuas hati dengan hasilnya, lebih-lebih lagi apabila mendapat kerjasama yang baik daripada rakan penaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha mengakui proses penghasilan MV untuk lagu ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan, dan dirinya sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.

Mengulas cabaran sepanjang penggambaran, Shiha menyatakan bahawa antara perkara paling mencabar adalah koreografi tarian yang merangkumi pelbagai pergerakan, termasuk gerakan perlahan yang perlu dilakukan sambil menyanyi.

“Sekitar 50 peratus gerakan yang sangat perlahan bukan satu benda yang senang sebab menari kena perlahan sambil mulut menyanyi.

“Proses penggambaran bermula dari jam 8.00 pagi dan hanya berakhir pada 6.00 pagi keesokan harinya, namun Shiha dan kakak berpuas hati dengan hasil akhir yang diperoleh.

“Terima kasih juga buat pasukan Shiha Zikir Empire dan semua pihak yang terlibat dari awal hinggalah semuanya siap seperti yang diharap-harapkan,” katanya lagi.

Shiha turut menjelaskan bahawa lagu ini mempunyai keunikan tersendiri, dan MV yang dihasilkan telah melalui beberapa proses penyesuaian bagi memastikan ia sejajar dengan konsep yang diinginkan.

Malah, inspirasi untuk menghasilkan lagu ini datang daripada pemerhatiannya terhadap trend di TikTok, di mana kebanyakan pengguna lebih gemar memilih lagu berirama rancak sebagai latar belakang video mereka.

“Bila buka TikTok, kebanyakan lagu latar jadi pilihan lagu-lagu catchy. Jadi saya fikir, kenapa tidak saya cuba untuk tampil dengan lagu raya berirama yang menepati selera ramai pendengar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Bukan Niat Nak Elak, Tapi…” – Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Kaka Azraff

Perkahwinan Kaka Azraff dan Adam Azriff didakwa kembali bergolak.

Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Hadiah Kereta Untuk Ibu Dan Ayah

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47.  Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, […]

Events Mon, 10 Sep 2018

Idris Khan Asyik Tunda Je, Bila Nak Kahwin?

Saksikan drama Salon bersama Juliana Farhana pada September ini hanya disaluran ntv7 anda!

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

任贤齐暴肥26公斤!放话10月来马前会瘦下来

任贤齐继去年售罄的演唱会,今年将为歌迷连开两场,于10月19集20日在云顶云星剧场带来《任贤齐2018云顶演唱会》。

Hiburan Sun, 9 Feb 2025

Terima 10 Dinar Emas & Cincin, Wanna Ali Sah Bergelar Isteri

Wanna Ali sah bergelar isteri Khairil Amri Khalid

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Trending Sat, 24 Feb 2018

Anak Sesak Nafas, Kenal Pasti Tanda Amaran Dan Bertindak Segera

Bila anak dah sesak nafas, ibu bapa pastinya panik, kenal pasti tanda amaran dengan pantasye

error: Content is protected !!